KWSP masih buka permohonan pengeluaran i-Sinar sehingga 30 Jun 2021

Baru-baru tular mesej di media sosial tentang pengeluaran i-Sinar 2.0 yang didakwa akan dilaksanakan bermula pada 15 Jun 2021, sebagai sebahagian daripada bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menjawab hal yang tular itu, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tampil menafikannya dan meminta masyarakat supaya berwaspada dengan mesej yang tidak sahih.

Dalam masa sama, KWSP menyatakan – permohonan i-Sinar yang dilancarkan pada 21 Disember 2020 masih lagi dibuka kepada ahli sehingga 30 Jun 2021.

Syarat yang ditetapkan bagi pengeluarannya adalah:

  • Ahli KWSP (termasuk Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara)
  • Berumur di bawah 55 tahun
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150

 

Bagi melancarkan urusan permohonan itu, pemohon digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit masing di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.

Pemohon juga dikehendaki memastikan akaun bank yang diberikan semasa pendaftaran:

  • Masih aktif
  • Milik pemohon
  • Bukan akaun bersama
  • Bukan akaun syarikat

 

Berkenaan dengan panduan lengkap cara memohon, pemohon boleh rujuk di PAUTAN INI.

Bagi maklumat lanjut tentang program dan inisiatif KWSP, ahli digalakkan merujuk maklumat di sumber yang sahih, menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian: 03-8922 6000 atau merujuk saluran media sosial KWSP dan laman sesawang rasminya di: https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…