KWSP nafi bayar dividen simpanan sehingga umur ahli 75 tahun, sebaliknya…

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini tampil menafikan pembayaran dividen tabung simpanan persaraan itu sehingga umur 75 tahun, seperti mana yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp dan platform media sosial.

Sebaliknya, KWSP memberikan penjelasan bahawa perkara itu sudah tidak terpakai lagi dan berkuat kuasa pada 1 Januari 2017, ahli yang memilih untuk mengekalkan sebahagian daripada simpanan mereka akan terus menerima bayaran dividen sehingga usia mereka menjangkau 100 tahun.

Perkara itu selaras dengan pindaan Akta KWSP 1991 – membolehkan ahli yang memilih untuk mengekalkan simpanan di KWSP selepas persaraan mendapat manfaat gandaan dividen sehingga semua simpanan dikeluarkan oleh ahli.

“Kami menggesa kepada ahli supaya berwaspada terhadap maklumat tidak sahih yang dihebahkan melalui saluran media sosial, dan sentiasa mengesahkan sumber dan tarikh maklumat tersebut.

“Ahli juga dinasihatkan supaya tidak berkongsi atau menguar-uarkan maklumat yang tidak sahih,” – KWSP, petikan dari laporan BERNAMA.

Dalam masa sama, KWSP menambah pihaknya akan memaklumkan kepada ahli dan hanya akan memindahkan sebarang simpanan yang tidak dituntut apabila ahli berumur 100 tahun.

Sebarang tuntutan selepas pemindahan itu pula boleh dibuat melalui Pendaftar Wang Tidak Dituntut.

Sumber: BERNAMA.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…