Akaun Fleksibel

RASMI: KWSP umum pelaksanaan Akaun Fleksibel yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuat pengumuman terkini berkenaan penstrukturan semula akaun-akaun bagi setiap ahlinya. Dalam perkembangan itu, KWSP akan membuat Penstrukturan Semula Akaun bagi pencarum berusia 55 tahun ke bawah kepada tiga bentuk akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

Untuk Akaun Persaraan, ia adalah bagi mengumpul simpanan sebagai pendapatam semasa persaaraan dan Akaun Sejahtera pula untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.

Manakala, Akaun Fleksibel sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

Secara asasnya, Akaun 1 akan dikenali sebagai akan persaraan, Akaun 2 dikenali sebagai akaun sejahtera dan akaun baru akan dikenali sebagai Akaun Fleksibel.

Semua ini akan mula dilaksanakan pada 11 Mei 2024 bulan hadapan. Semua caruman selepas 11 Mei akan diperuntukkan ke akaun baharu mengikut pecahan iaitu 75 peratus untuk Akaun Persaraan, 15 peratus untuk Akaun Sejahtera dan 10 peratus bagi Akaun Fleksibel. Perkara ini berbeza dengan sistem sekarang iaitu 70 peratus caruman dimasukkan dalam Akaun 1 dan 30 peratus lagi dalam Akaun 2.

Bagi Akaun Fleksibel, ia akan berfungsi sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Makanya, simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.  Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, fokus utama inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP adalah untuk memperkasa ahli dalam membuat keputusan.

“Diharapkan ia dapat mengimbangi keperluan masa depan untuk persaraan dengan keperluan kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang. Inisiatif ini juga dapat membantu meningkatkan simpanan persaraan ahli supaya mereka menerima pendapatan persaraan yang mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan mereka kelak,” katanya.

Inisiatif KWSP

Dalam masa sama, sebelum ini pelbagai inisiatif dan kemudahan telah diperkenalkan di bawah KWSP. Antaranya adalah dengan memperkenalkan Program i-Suri KWSP. Program ini membolehkan golongan suri rumah mencarum dan menerima insentif khas dari KWSP.

Ia juga diperkenalkan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah terjaga dan mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga serta pembangunan negara.

Antara manfaat-manfaat utama i-Suri adalah sumbangan insentif khas 50 peratus bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa. Dimaklumkan juga bahawa had insentif seumur hidup adalah sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana terdahulu​ Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.

Manfaat-manfaat lain i-Suri adalah:

  • Dividen Tahunan
    • Menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan;
  • Bantuan Kematian
    • ​Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP​;
  • Pelepasan Cukai
    • Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN.

 

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Selain itu, KWSP juga memperkenalkan Kemudahan i-Lindung iaitu sebuah kemudahan layan diri i-Akaun (Ahli) KWSP yang boleh digunakan untuk membeli produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).

Melaluinya, ahli boleh membeli produk insurans atau takaful daripada Syarikat Insurans & Pengendali Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP untuk diri sendiri dan ahli keluarga. Pada ketika ini, terdapat dua jenis perlindungan yang disediakan iaitu perlindungan hayat dan perlindungan penyakit kritikal.

Mereka yang boleh dilindingi melalui perlindungan yang disediakan i-Lindung adalah ahli KWSP (diri sendiri sebagai Orang Dilindungi Utama); pasangan (tanggungan) dan anak-anak (tanggungan) dengan definisi anak-anak adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang sah taraf.

Maklumat lengkap berkenaan program-program ini boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Akaun 3 KWSP: Ini pengiraan & jumlah minimum yang boleh dikeluarkan oleh semua pencarum

Akaun 3 KWSP: Ini pengiraan & jumlah minimum yang boleh dikeluarkan oleh semua pencarum

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini telah pun penstrukturan semula akaun-akaun bagi…
Temuduga terbuka di Prasarana Malaysia Berhad: Syarat-syarat kelayakan & tarikh temuduga

Temuduga terbuka di Prasarana Malaysia Berhad: Syarat-syarat kelayakan & tarikh temuduga

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Prasarana Malaysia Berhad kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan…
Bantuan RM500 untuk mereka berumur 60 tahun & ke atas: Berikut cara memohon

Bantuan RM500 untuk mereka berumur 60 tahun & ke atas: Berikut cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…