KWSP umum tarikh mula pembayaran pada Ogos ~ Cara membuat semakan kelulusan i-CITRA

Seperti mana yang diumumkan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Perdana Menteri sebelum ini, kerajaan bersetuju melaksanakan program i-CITRA kepada para ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Melalui i-CITRA, ahli yang layak boleh mengeluarkan simpanan mereka maksimum sebanyak RM5,000 dengan pembayaran bulanan akan dibuat sehingga lima bulan (mengikut jumlah yang dikeluarkan).

Pemohonan i-CITRA telah dibuka sejak 12 Julai 2021 lalu dan semakan kelulusan juga telah boleh dibuat di laman rasmi i-CITRA.

Semakan kelulusan

Kepada yang telah memohon i-CITRA, pemohon boleh membuat semakan kelulusan permohonan dengan mengikuti tatacara berikut:

  1. Layari ke laman rasmi i-CITRA (KLIK SINI).
  2. Klik pada ‘SEMAKAN STATUS PERMOHONAN’.
  3. Isi ruang yang disediakan dengan maklumat Nombor IC & Nombor Tel pemohon.
  4. Membuat pengesahan di bahagian ‘Saya bukan robot’.
  5. Maklumat status permohonan akan dipaparkan sama ada lulus atau tidak.

 

Bayaran i-CITRA

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh KWSP, pembayaran i-CITRA akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 02 OGOS 2021 ke akaun bank ahli.

Bagaimanapun, pengkreditan itu akan mengambil masa 1 ke 3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

Manakala, bagi pembayaran secara Arahan Bayaran pula – pemohon akan menerima Notis Pengambilan atau akan dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan berkenaan ketika membuat permohonan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, ahli boleh menghubungi talian: 03-8922 4848 atau melalui Ask Elya di laman rasmi i-CITRA.

Permohonan i-CITRA dibuka sehingga 30 SEPTEMBER 2021.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…