Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kini sedang membuka pengambilan banyakJ jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan Kosong LADA
- AKAUNTAN GRED WA41
- Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
- Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
- Jadual Gaji : RM2,820 – RM9,585
- PEGAWAI TADBIR GRED N41
- Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
- Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
- Jadual Gaji : RM2,080 – RM9,546
- PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT29
- Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
- Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
- Jadual Gaji : RM1,493 – RM5,672
- PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19
- Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
- Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
- Jadual Gaji : RM1,352 – RM4,003
- PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
- Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
- Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
- Jadual Gaji : RM1,205 – RM2,939
- PEMANDU KENDERAAN GRED H11
- Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
- Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
- Jadual Gaji : RMRM1,218 – RM2,939
Syarat-syarat Kelayakan
- AKAUNTAN GRED WA41
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; DAN
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,820.00); ATAU
- Lulus peperiksaan akhir badan-badan ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,820.00); ATAU
- lulus peperiksaan kelayakan (QE) institut Akauntan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred WA41: RM2,820.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- PEGAWAI TADBIR GRED N41
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; DAN
- Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); ATAU
- Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43);
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT29
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; DAN
- Sijil dalam bidang ukur tanah atau perancang Bandar dan Wilayah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya: (Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,493.00); ATAU
- Diploma dalam bidang ukur tanah, perancangan Bandar dan Wilayah atau bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,846.15);
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; DAN
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); ATAU
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); ATAU
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80);
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; DAN
- Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); ATAU
- Bekas anggota polis atau tentera yang sekurangkurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00);
- PEMANDU KENDERAAN GRED H11
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; DAN
- Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; DAN
- Lesen memandu kelas D/E/E1/E2/FG/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; DAN
- Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan LADA secara lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan (yang dinyatakan di hebahan rasmi).
Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIMOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul dan dihantar ke alamat:
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)
Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya calon yang mengisi maklumat yang lengkap dan memenuhi kriteria yang layak sahaja dipertimbangkan untuk disenarai pendek.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 24 JULAI 2024 (KHAMIS).
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.