Langgar Akta Komunikasi & Multimedia: Maxis, U Mobile, TV3, Bernama dikompaun RM3.7 juta

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan 77 kompaun berjumlah RM3.7 juta terhadap beberapa buah syarikat untuk tempoh suku tahun pertama tahun ini di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Dari jumlah berkenaan, Maxis Broadband Sdn. Bhd. (Maxis) menerima 68 kompaun iaitu berjumlah RM3.3 juta dan sekaligus menjadi syarikat paling banyak menerima kompaun di antara yang lain.

Sebanyak RM3.25 juta daripada jumlah RM3.3 juta tersebut dikenakan terhadap Maxis atas kegagalannya mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik. Manakala, selebihnya pula adalah kerana ketidakpatuhan kepada Garis Panduan Prabayar bagi pendaftaran pengguna akhir.

Selain itu, MCMC juga mengenakan tujuh kompaun terhadap syarikat komunikasi, U Mobile Sdn Bhd atas ketidakpatuhan kepada Garis Panduan Prabayar bagi pendaftaran pengguna akhir.

Dalam masa sama, Sistem Televisyen Malaysia Berhad dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) turut dikompaun dengan masing-masing berjumlah RM40,000 dan RM20,000 kerana kegagalan mematuhi syarat-syarat lesen yang ditetapkan.

Sumber: MCMC.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…