bantuan rm500

Layak terima Bantuan RM500 jika pendapatan bawah RM4,000: Permohonan kini telah dibuka

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Skim Sejahtera Rakyat kepada golongan yang memerlukan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Bantuan RM500

Skim Sejahtera Rakyat adalah sebuah program yang menghimpunkan pelbagai jenis bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai kategori. Ia juga merupakan inisiatif di bawah Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan melalui Belanjawan 2024 Negeri Sembilan.

Salah satu bantuan yang diperkenalkan adalah Apirasi Belia Berkahwin Negeri Sembilan 2024 yang membabitkan sumbangan tunai sebanyak RM500. Sumbangan tunai ini akan diberikan kepada setiap anak negeri berkenaa yang mendirikan rumah tangga buat kali pertama.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Merupakan pengundi berdaftar di Negeri Sembilan;
  • Bermastautin di Negeri Sembilan;
  • Kategori umur antara 18 hingga 35 tahun;
  • Pendapatan pemohon tidak melebihi RM4,000.00;
  • Dokumen:
    • Salinan MyKad Pemohon
    • Salinan slip Mengundi SPR pemohon
    • Salinan sijil Perkahwinan
    • Salinan slip Gaji / Pengesahan Pendapatan

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal atau aplikasi N9 Digital.

Untuk memudahkan urusan permohonan, pemohon hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan di syarat-syarat kelayakan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi N9 Digital – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…