Lebih 100 kekosongan dibuka di pelbagai kementerian & jabatan: Minima PMR layak memohon

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) adalah sebuah badan yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan melantik dan mengesahkan kemasukan dalam perkhidmatan awam di negara ini. Kerana itu jugalah, pengambilan pelbagai kekosongan jawatan di perkhidmatan awam akan melalui suruhanjaya ini.

Selaras dengan tugasnya itu, kini SPA telah membuka kekosongan jawatan sebagai PEMBANTU AWAM GRED H11 di Kementerian Kesihatan Malaysia Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Pelbagai Kementerian/ Jabatan (Sarawak). Bagaimanapun, kekosongan ini hanya terbuka untuk calon lelaki sahaja.

Jawatan ini melibatkan:

  • Kekosongan: 15 
  • Simpanan: 100

 

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan jawatan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    • Gaji permulaan pada Gred H11 : RM1,218.00
  • Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia.
    • Gaji permulaan pada Gred H11 : RM1,264.15

 

Cara memohon:

Bagi calon yang berminat, iklan kekosongan jawatan secara terperinci boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan jawatan pula hendaklah dibuat secara atas talian di laman: https://spa9.spa.gov.my/login, dengan mendaftar di sistem berkenaan terlebih dahulu.

Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 02 MEI 2021, Ahad, 11.59 malam.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…