Lebih 100 kekosongan jawatan dibuka di JAIS: Tawaran gaji dari RM1,352 hingga RM9,552

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini sedang membuka banyak kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan – Gred DG41
    • Jantina: Lelaki / Perempuan
    • Kekosongan: 50
    • Gaji: RM2,188 – RM9,552
  2. Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam I/ Pengurus) – Gred S41
    • Jantina: Lelaki
    • Kekosongan: 4
    • Gaji: RM2,078 – RM9,544
  3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29
    • Jantina: Lelaki / Perempuan
    • Kekosongan: 28
    • Gaji: RM1,698 – RM5,717
  4. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam II/ Penolong Pengurus) – Gred S29
    • Jantina: Lelaki
    • Kekosongan: 5
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  5. Penolong Pegawai Teknologi Makanan – Gred C29
    • Jantina: Lelaki / Perempuan
    • Kekosongan: 1
    • Gaji: RM1,505 – RM5,696
  6. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (PPMD) – Gred S29
    • Jantina: Lelaki
    • Kekosongan: 2
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  7. Pembantu Hal Ehwal Islam (Pembantu Pengurus/ Bilal/Siak) – Gred S19
    • Jantina: Lelaki
    • Kekosongan: 11
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  8. Pembantu Hal Ehwal Islam – Gred S19
    • Jantina: Lelaki / Perempuan
    • Kekosongan: 1
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  9. Juruteknik Komputer – Gred FT 19
    • Jantina: Lelaki / Perempuan
    • Kekosongan: 3
    • Gaji: RM1,377 – RM4,052
  10. Pembantu Tadbir (Kewangan) – Gred W19
    • Jantina: Lelaki / Perempuan
    • Kekosongan: 1
    • Gaji: RM1,353 – RM4,005
  11. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) – Gred N19
    • Jantina: Lelaki / Perempuan
    • Kekosongan: 1
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Terdiri daripada anak negeri Selangor;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Keluaran 02(10.08.2015): Pindaan 00 – muat turun DI SINI.

Borang yang lengkap diisi kemudiannya perlu disertakan bersama dokumen-dokumen (disahkan) berikut:

  • Sekeping gambar berukuran pasport;
  • Salinan kad pengenalan;
  • Salinan kad pengenalan ibu dan bapa;
  • Salinan sijil kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

Sila tulis nama jawatan di sebelah atas kiri sampul surat dan dihantar ke alamat:

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 14 APRIL 2022, KHAMIS (12 TENGAHARI).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…
Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara tahunan di Malaysia, terutamanya antara bulan November hingga Mac. Ia biasanya dikaitkan…