Lebih 13,000 orang layak terima Bantuan RM1,000 hujung bulan ini: Ini senarai penerima yang layak

Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2022 ini dijangka akan disambut pada 03 Mei bulan hadapan. Dengan jangka masa yang semakin menghampir hari mulia berkenaan, sudah pasti sebahagian besar masyarakat telah mula membuat persiapan.

Prihatin dengan suasana itu, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan negeri dan persekutuan bagi melancarkan usaha ke arah itu.

Antaranya termasuklah melalui Bantuan Khas Kewangan yang diberikan kepada mereka yang berkelayakan. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan khas tersebut: –

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022

Pada 10 April lalu, sebuah skim bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 telah diperkenalkan, dengan jumlah bantuan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Bantuan ini pada asasnya dilaksanakan di bawah Kerajaan Negeri Johor dan diberikan secara khusus kepada semua penjawat awam negeri berkenaan.

Menurut kenyataan dari Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani – pemberikan bantuan itu turut akan melibatkan kakitangan di bawah Skim ‘Contract Of Service’, ‘Contract For Service’, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan bawah MySTEP.

Tarikh Bayaran

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri yang melibatkan peruntukan sebanyak RM18.81 juta ini juga dijangka akan melibatkan sekitar 13,400 kakitangan awam di Johor yang layak.

Berkenaan dengan tarikh pembayaran bantuan, ia akan disalurkan ke akaun bank setiap penerima pada 28 April 2022, Khamis.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan terperinci berkenaan bantuan khas ini, ia boleh dirujuk melalui Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2022.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…