Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM)
- PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP1
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F9
- PEREKA GRED B5
- JURUFOTOGRAFI GRED B1
- PEMBANTU MAKMAL GRED C1
- PEGAWAI TADBIR GRED N9
- PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN GRED U1
- PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C5
- PENSYARAH UNIVERSITI (WARGANEGARA MALAYSIA)
- PEREKA GRED B1
- PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N1
- PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W1
- PENOLONG JURUTERA GRED JA5
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N5
- AKAUNTAN GRED WA9
- PUSTAKAWAN GRED S9
- JURUTERA GRED J9
- PEGAWAI VETERINAR GRED GV9
- ARKITEK GRED J9
- PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G5
- JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U5
- KURATOR GRED S9
- PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S9
- PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U1
- PEGAWAI SAINS GRED C9
- PEMBANTU PUSTAKAWAN GRED S1
- PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan jawatan;
- Kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sehingga Doktor Falsafah (Ph.D) mengikut syarat-syarat khusus setiap jawatan;
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bidang Tugas
- PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP1
- Mendaftar, mengeluar dan memeriksa pas keselamatan/ kad pengenalan jabatan kepada warga kampus, pelawat dan pekerja kontrak.
- Melaksanakan kawalan keselamatan di dalam aspek dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan.
- Memastikan semua warga kampus, pelawat dan pekerja kontrak yang memasuki kampus memakai kad kampus/ pelawat/ pas pekerja sementara pada setiap masa.
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F9
- Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan keperluan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sediada dan
- seterusnya menyediakan perkhidmatan ICT bersesuaian dengan keperluan semasa organisasi.
- PEREKA GRED B5
- Bertanggungjawab kepada Jabatan dan PTj dalam menjalankan tugas merekabentuk grafik dan multimedia untuk tujuan pameran serta publisiti. Bertanggungjawab merekacipta untuk persembahan dan prop produksi.
- JURUFOTOGRAFI GRED B1
- Bertanggungjawab mengambil foto, mengedit, menyedia dan menghantar/ menyimpan foto aktiviti rasmi dan tidak rasmi untuk rujukan dan simpanan. Memastikan kebersihan serta menjaga keselamatan studio dan peralatan fotografi.
- PEMBANTU MAKMAL GRED C1
- Membantu dalam menjalankan analisis terhadap sampel-sampel kajian. Membantu staf Akademik/ Penyelidik dan Pelajar dalam menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan dalam pelbagai bidang yang berkaitan.
- PEGAWAI TADBIR GRED N9
- Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan Universiti yang meliputi pengurusan akademik, pelajar, penyelidikan, sumber manusia, kolej kediaman, pembangunan dan infrastruktur.
- PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN GRED U1
- Bertanggungjawap sebagai salah seorang ahli kesihatan pergigian yang memainkan peranan dalam pengendalian klinikal pesakit, pendidikan kesihatan pergigian, pengurusan pesakit dan pentadbiran.
- PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C5
- Membantu dalam pengurusan makmal (pengajaran dan penyelidikan), membantu dalam urusan perolehan makmal, mengurus proses penyelenggaraan peralatan, memastikan kualiti makmal menepati piawaian yang ditetapkan dan menyelia pembantu makmal.
- PENSYARAH UNIVERSITI (WARGANEGARA MALAYSIA)
- Untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang digariskan di bawah kriteria berikut: Pengajaran dan penyeliaan; Penyelidikan dan penerbitan; Kepimpinan dan tugas pentadbiran dan Pengantarabangsaan dan rangkaian
- PEREKA GRED B1
- Bertanggungjawab kepada Jabatan dan PTj dalam menjalankan tugas merekabentuk grafik dan multimedia untuk tujuan pameran serta publisiti. Bertanggungjawab merekacipta untuk persembahan dan prop produksi. Menyelaras, merancang dan menyediakan rekabentuk bahan-bahan penerbitan.
- PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N1
- Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ Pegawai Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail.
- PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W1
- Bertanggungjawab membantu menjalankan tugas-tugas berkaitan kewangan di peringkat sokongan berhubung: Urusan-urusan pentadbiran & kewangan am; Pengurusan tunai & kawalan kredit; Pengurusan perolehan & pembangunan; Akaun & pelaburan.
- PENOLONG JURUTERA GRED JA5
- Bertanggungjawab melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi, menyemak lukisan perunding, merekod dan menyelenggara lukisan, menyediakan lukisan kerja, lukisan perunding dan menyediakan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan.
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N5
- Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan Universiti yang meliputi pengurusan akademik, pelajar, penyelidikan, sumber manusia, kolej kediaman, pembangunan dan infrastruktur.
- AKAUNTAN GRED WA9
- Bertanggungjawab dalam menguruskan segala urusan kewangan Universiti serta terlibat dalam penggubalan dasar kewangan, pengurusan kewangan, perakaunan dan perancangan keseluruhan bagi setiap proses kerja kewangan secara umumnya.
- PUSTAKAWAN GRED S9
- Bertanggungjawab menyedia dan menyampaikan perkhidmatan berasaskan pengetahuan melalui kepakaran profesional dan pelbagai sumber maklumat untuk memajukan penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran berkualiti.
- JURUTERA GRED J9
- Bertanggungjawab merancang dan menyelaras pembangunan dan perkhidmatan kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan mekanikal, projek-projek khas dan urusan pentadbiran am pejabat.
- PEGAWAI VETERINAR GRED GV9
- Bertanggungjawab dalam mengamalkan program penjagaan dan penggunaan haiwan makmal, menyelaraskan pengurusan haiwan makmal dalam aspek penyelidikan, pengajaran dan latihan, mengawal dan menjalankan rawatan penyakit haiwan makmal, menyelia program kuarantin haiwan makmal, menguatkuasa undang-undang berkaitan penggunaan ubatan terkawal, mengambil peranan dalam perlaksanaan Jawatankuasa Penjagaan dan Penggunaan Haiwan Makmal serta mematuhi akta berkaitan penggunaan dan penjagaan haiwan makmal yang telah digazet dan digunapakai.
- ARKITEK GRED J9
- Bertanggungjawab mengurus pelaksanaan projek-projek pembangunan Universiti bermula dari perancangan sehingga penyerahan projek.
- PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G5
- Bertanggungjawab menjalankan tugas pengembangan dalam bidang pertanian termasuk ketja-kerja merancang, melaksana, menilai dan mengesan program-program pertanian/ penternakan yang dilaksanakan di Universiti.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Universiti Malaya Career Portal.
Pemohon hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan. Hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN 10 JUN 2025.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.