Lebih 20 kekosongan jawatan dibuka di Jabatan Kehakiman Syariah: Gaji RM1,494 – RM5,674

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia adalah sebuah jabatan yang ditubuhkan pada Julai 1996 apabila Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan Penyusunan Semula Mahkamah-Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.

Antara objektif utamanya adalah bagi mengendalikan kes-kes Mahkamah Rayuan Syariah di Malaysia; menggubal dasar dan strategi untuk mempertingkatkan prestasi Mahkamah Syariah negeri-negeri; menyelaraskan prosedur kehakiman untuk diterima pakai di negeri-negeri; dan mengawal serta menilai program dan aktiviti-aktiviti Mahkamah Syariah negeri-negeri yang menerima pakai skim Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah Persekutuan.

Selaras dengan peranannya itu, kini Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang layak dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Maklumat dan syarat-syarat kelayakan jawatan:

  • Jawatan: Penolong Pegawai Syariah – Gred LS29
  • Kekosongan: 2
  • Simpanan: 20
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Gaji: RM1,494 – RM5,674

 

Syarat-syarat kelayakan jawatan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji Permulaan pada Gred LS29 : RM1,494.00); atau
    • Diploma dalam bidang pengajian islam (syariah) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred LS29 : RM1,772.65).

 

Syarat kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara memohon:

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dilihat DI SINI. Manakala, permohonan pula boleh dibuat secara atas talian di https://spa9.spa.gov.my/login, dengan mendaftar dahulu di sistem berkenaan dan memilih jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat kelayakan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 JUN 2021, Selasa (11.59 malam).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…