Lebih 200 kekosongan & simpanan di pelbagai Kementerian/Jabatan: SPM layak memohon

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) adalah sebuah badan yang ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, bersamaan dengan tarikh kemerdekaan negara. Selaras dengan peruntukan Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, SPA berperanan dalam melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap/perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas para anggota penjawat awam.

Kerana itulah pengambilan kakitangan penjawat awam selalunya akan melalui SPA, sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab. Kini SPA telah membuka kekosongan jawatan sebagai PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S19 di pelbagai Kementerian dan Jabatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan.

Antara Kementerian dan Jabatan yang terlibat adalah:

  1. Kementerian Pembangunan Luar Bandar
  2. Jabatan Kebajikan Masyarakat
  3. Pelbagai lagi Kementerian dan Jabatan lain

 

Syarat kelayakan bagi jawatan adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; DAN
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,352.00) ATAU
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,408.40) ATAU
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,464.80)

 

Bidang tugas jawatan adalah:

  • Bertanggungjawab membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan masyarakat Orang Asli dari segi pendidikan, latihan, minda, prasarana, kesihatan, kebajikan dan sosioekonomi masyarakat Orang Asli di peringkat negeri dan daerah.
  • Bertanggungjawab membantu menyediakan khidmat sokongan operasi bahagian, menyelaras kursus-kursus, menyemak dan menguruskan tuntutan bayaran, merekod data peserta, penceramah dan fasilitator, menyediakan dokumentasi menerusi media cetak dan elektronik.

 

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI. Manakala untuk permohonan pula, ia hendaklah dibuat secara atas talian di laman: https://spa9.spa.gov.my/login, dengan mendaftar dulu di sistem berkenaan dan memilih jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat diri diisi dengan benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan kelayakan pemohon. Permohonan yang tidak mengikuti ketetapan, akan ditolak.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 08 APRIL 2021.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dinanti-nantikan, termasuk di Malaysia. Ia bukan sahaja menandakan berakhirnya bulan Ramadan, tetapi juga menjadi…
Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…
Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah terendah. Kategori ini ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Median…