Lebih 30 Alasan Tidak Lulus BPR dikenal pasti: Ini yang kita patut tahu & tindakan susulannya

Sejak kebelakangan ini – kita selalu mendengar rungutan masyarakat tentang permohonan BPR Fasa 2 mereka yang tidak diluluskan. Oleh hal demikian, LHDN telah mengemukakan 30 Kod Tidak Lulus BPR 2021 dan tindakan/dokumen sokongan yang diperlukan jika ingin membuat rayuan.

Berikut adalah senarainya:

1. MAKLUMAT PENGENALAN PEMOHON BERBEZA DENGAN SEMAKAN DATA JPN

Tindakan/dokumen sokongan: Dokumen salinan yang perlu dikemukakan ialah MyKAD pemohon

2. MAKLUMAT PENGENALAN PASANGAN BERBEZA DENGAN SEMAKAN DATA JPN

Tindakan/dokumen sokongan: Dokumen salinan yang perlu dikemukakan ialah MyKAD/MyPR/MyKAS Pasangan

3. MAKLUMAT PENGENALAN ANAK BERBEZA DENGAN SEMAKAN DATA JPN

Tindakan/dokumen sokongan: Dokumen salinan yang perlu dikemukakan ialah – MyKAD / MyKID Anak; dan Sijil Lahir Anak (bagi pengesahan status Kewarganegaraan)

4. SEMAKAN REKOD AGENSI MENDAPATI PENDAPATAN PEMOHON/PASANGAN MELEBIHI RM5,000

Tindakan/dokumen sokongan: Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan. Semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

5. ANAK MEMPUNYAI PENDAPATAN BERDASARKAN SEMAKAN AGENSI

Tindakan/dokumen sokongan: Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan. Semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

6. PEMOHON/PASANGAN MEMILIKI 3 ATAU LEBIH PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL/PERKONGSIAN

Tindakan/dokumen sokongan: Dokumen salinan yang perlu dikemukakan ialah –

    • Dokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021; atau
    • Sijil Pendaftaran Perniagaan sekiranya tidak lulus disebabkan pemohon dan pasangan mempunyai perniagaan yang sama.

 

7. SEMAKAN REKOD MENDAPATI JUMLAH KENDERAAN PEMOHON/PASANGAN MELEBIHI HAD KEMAMPUAN B40

Tindakan/dokumen sokongan: Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah –

    • Dokumen penukaran hak milik Kenderaan; atau
    • Dokumen penjualan/Pelupusan Kenderaan

 

8. PEMOHON WUJUD SEBAGAI ANAK DI PERMOHONAN LAIN

Tindakan/dokumen sokongan: Dokumen salinan yang perlu dikemukakan ialah Sijil Lahir Pemohon.

9. PEMOHON BERSTATUS KAHWIN TETAPI TIADA MAKLUMAT PASANGAN

Tindakan/dokumen sokongan: Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 28 Februari 2021. Dokumen salinan yang perlu dikemukakan ialah –

    • MyKAD Pemohon; dan
    • MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan; dan
    • Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban).

 

10. TARIKH KEMATIAN PASANGAN MEMERLUKAN SALINAN SIJIL KEMATIAN PASANGAN

Tindakan/dokumen sokongan: Dokumen salinan yang perlu dikemukakan bagi status Ibu Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda –

    • Sijil Kematian Pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; dan
    • Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan); atau
    • Sijil Perkahwinan (Pembuktian maklumat pasangan yang meninggal dunia)

 

Bagi senarai penuh Kod Alasan Tidak Lulus, boleh KLIK SINI.

Rayuan BPR 2021

Permohonan Rayuan BPR 2021 boleh dibuat mulai pada 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021 ini (tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa). Terdapat dua kaedah permohonan yang disediakan, iaitu:

  • Secara dalam talian di Portal Rasmi BPR LHDNM di – https://bpr.hasil.gov.my; ATAU
  • Penghantaran Borang Rayuan BPR 2021 di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu.

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh KLIK SINI untuk panduan dan tatacara permohonan rayuan.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Pendidikan adalah asas penting dalam membentuk individu, masyarakat, dan negara yang maju. Ia bukan sekadar proses pembelajaran di sekolah atau…
RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

Dalam kehidupan seharian, kita bergantung kepada pelbagai keperluan asas dan barangan keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup serta keselesaan. Keperluan asas…