Lebih 30 pengambilan kekosongan jawatan dibuka di JAKOA ~ Gaji dari 1,216 hingga RM2,983

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEMBANTU OPERASI – GRED N11

  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Penempatan: Seluruh JAKOA Negeri
  • Kekosongan: 18
  • Simpanan: 20
  • Gaji: RM1,216 – RM2,983

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,216) atau
    • PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,262.15)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan (muat turun – DI SINI) secara lengkap serta tepat.

Borang yang lengkap kemudiannya hendaklah dilampirkan bersama gambar terkini berukuran passport dan dihantar ke alamat:

Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Orang Asli, (Kementerian Pembangunan Luar Bandar), Tingkat 20, West Block, Wisma Golden Eagle Realty, 142-C, Jalan Ampang, 50548 KUALA LUMPUR. (u.p.: Puan Siti Nurazira Binti Sahhudin)

Hanya Hanya calon-calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga

Manakala, calon-calon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas empat minggu dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 26 DISEMBER 2021, AHAD.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…