Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di pelbagai Kementerian/Jabatan (Semenanjung). Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan Kosong Pelbagai Kementerian/Jabatan
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N1
- Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
- Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
- Kementerian/Jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan
- Kekosongan : 657
- Gaji Minimum : RM1,500
- Gaji Maksimum : RM4,680
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur dari 18 tahun hingga 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,500.00); atau
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,500.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,561.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,622.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bidang Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan / komunikasi).
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).
Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA TARIKH 22 OKTOBER 2025 (RABU).
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris.
Kemerdekaan Tanah Melayu telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan
Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan:
“Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya.”
Fungsi- fungsi utama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia adalah meliputi perkara-perkara seperti berikut:
- Melantik;
- Mengesahkan dalam perkhidmatan;
- Kemasukkan ke dalam jawatan berpencen;
- Menaikkan pangkat;
- Menukar;
- Menjalankan kawalan tatatertib.
Bagi hal melantik, suruhanjaya menguruskan pelantikan anggota Perkhidmatan Awam secara tetap, sementara, kontrak, tukar sementara dan pinjaman. Suruhanjaya berkuasa menamatkan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam mengikut syarat-syarat pelantikan.
Manakala bagi pengesahan dalam pelantikan pula – suruhanjaya berkuasa mengesahkan anggota Perkhidmatan Awam dalam perkhidmatan, melanjutkan tempoh percubaan, mengembalikan kakitangan ke jawatan asalnya atau menamatkan perkhidmatan kerana kegagalan disahkan dalam jawatan.
Suruhanjaya juga memberi perwakilan kuasa kepada Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Pentadbiran Kerajaan Negeri yang berkenaan untuk mengesahkan dalam perkhidmatan bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK).