Lebih 60,000 tandatangan telah terkumpul: Petisyen desak pengeluaran i-Sinar 2021 kini dilancarkan

Seperti mana yang semua sedia maklum, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi iaitu sehingga 28 Jun ini.

Apa yang pasti, pelaksanaan PKP 3.0 ini semestinya memberi kesan besar kepada pelbagai golongan – khususnya kepada para peniaga, mereka yang makan gaji hari, pemain industri hospitaliti, pengurusan majlis, katering, perlancongan dan sebagainya.

Malah sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed sendiri berkata, bahawa sekatan dan kawalan pergerakan secara penuh (total lockdown) akan menyebabkan kadar pengangguran meningkat dengan mendadak, bilangan isi rumah miskin akan bertambah, prestasi syarikat kecil dan besar akan terjejas dan kedudukan fiskal akan berada dalam keadaan yang lebih mencabar.

Berbeza dengan pelaksanaan PKP 1.0 dan 2.0, majoriti rakyat ketika itu boleh dikatakan menarik nafas lega atas perkenalan pelbagai program bantuan, termasuklah pengeluaran i-Sinar yang sedikit sebanyak dapat membantu mereka memulakan semula pekerjaan atau perniagaan serta menstabilkan punca pendapatan.

Akan tetapi, menjelang perkembangan terbaru ini – nampaknya keluh resah rakyat semakin kedengaran akibat kesempitan hidup yang tidak ada lagi sandaran bantuan yang lebih baik dari sebelumnya.

Malah, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini turut mencadangkan kerajaan supaya melaksanakan i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 pada kadar separuh untuk tempoh tiga bulan.

Ia rentetan dengan laporan keuntungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM19.3 bilion pada suku pertama 2021.

Kebanyakan masyarakat di media sosial juga turut sama mendesak kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan i-Sinar 2.0 bagi meringankan beban mereka.

Oleh hal yang demikian, telah berlegar di media sosial tentang sebuah petisyen: “Mohon Penerusan Skim Pengeluaran iSinar+ untuk 6 bulan terakhir 2021” yang dilancarkan oleh SurvivorInMalaysia.

Petisyen ini dilancarkan dengan harapan semoga pihak kerajaan akan mempertimbangkan skim pengeluaran baru/tambahan i-Sinar + dari Akaun 1 KWSP untuk tempoh 6 bulan terakhir 2021.

“…bagi membantu rakyat marhaen (terutamanya golongan B40, M40) yang terjejas dalam perbelanjaan dan meneruskan kehidupan harian mereka.” – petikan dari keterangan petisyen itu.

Petisyen berkenaan setakat ketika artikel ini ditulis telah menerima lebih 68 ribu tandatangan. Bagi yang berminat untuk menyokong atau melihat petisyen berkenaan, ia boleh diakses DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…