Lembaga Getah Malaysia buka lebih 20 jawatan kosong: Gaji dari RM1,216 hingga RM9,618

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Getah Malaysia kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – F41
  2. PEGAWAI TADBIR – N41 TETAP
  3. PEGAWAI TADBIR (EKONOMI) – N41
  4. PEGAWAI PENYELIDIK – Q41/Q43/Q47/Q51/Q53
  5. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK – Q36
  6. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – FA29 TETAP
  7. PENOLONG JURUTERA – JA29
  8. PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA – KP29
  9. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – N29
  10. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PEREKA) – N29
  11. PEMBANTU KHAS / SETIAUSAHA PEJABAT – N29
  12. PEMBANTU KEMAHIRAN – H19
  13. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT – N19
  14. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – N19
  15. PEMBANTU PENYELIDIK – Q19
  16. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) – W19
  17. OPERATOR LOJI – H11
  18. PEMANDU KENDERAAN – H11
  19. PEMBANTU AWAM – H11
  20. PENGAWAL KESELAMATAN – KP11
  21. PEMBANTU OPERASI – N11

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan; dan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun;
  • Memiliki kelayakan dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Tawaran gaji dari RM1,216 hingga RM9,618 mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat, maklumat lanjut serta lengkap berkenaan kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

Permohonan jawatan pula boleh dibuat secara atas talian (online) dengan klik pada pautan di Jadual 1 pada hebahan tersebut.  Pemohon juga hendaklah memastikan semua maklumat adalah tepat dan terkini sebelum permohonan dibuat.

Hanya pemohon-pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 08 MAC 2022 (SELASA).

ARTIKEL BERKAITAN

Semakan status penerima dan jumlah bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Semakan status penerima dan jumlah bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Pendapatan bawah RM4,000 layak terima Bantuan RM500 secara 'one-off': Ini cara memohon

Pendapatan bawah RM4,000 layak terima Bantuan RM500 secara 'one-off': Ini cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong Amanah Raya Berhad bulan Jun - Julai 2024: Lepasan SPM - Ijazah layak memohon

Jawatan kosong Amanah Raya Berhad bulan Jun - Julai 2024: Lepasan SPM - Ijazah layak memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Amanah Raya Berhad kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi…