Lembaga Getah Malaysia (LGM) buka pengambilan pelbagai jawatan terkini ~ Gaji RM1,216 – RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Getah Malaysia (LGM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di LGM adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

Pelbagai jawatan dibuka untuk permohonan, antaranya:

  1. JURUTERA
  2. PEGAWAI TADBIR
  3. PEGAWAI TADBIR (UNDANG-UNDANG)
  4. PEGAWAI TADBIR (PENGUATKUASA)
  5. PEGAWAI PENYELIDIK
  6. PEGAWAI PENYELIDIK
  7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
  8. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
  9. PENOLONG JURUTERA
  10. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN
  11. PENOLONG PEGAWAIPENGUAT KUASA
  12. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PEREKA)
  13. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
  14. PEMBANTU TADBIR (PEREKA)
  15. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
  16. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
  17. PEMBANTU PENYELIDIK
  18. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
  19. OPERATOR LOJI
  20. PEMANDU KENDERAAN
  21. PEMBANTU AWAM
  22. PENGAWAL KESELAMATAN
  23. PEMBANTU OPERASI

Syarat-syarat kelayakan

Calon bagi lantikan, hendaklah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berusia 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda berdasarkan ketetapan khusus setiap jawatan.
  • Kepujian Bahasa Melayu di peringkat Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berdasarkan ketetapan khusus setiap jawatan.

 

*Maklumat syarat-syarat kelayakan lebih terperinci bagi setiap jawatan, KLIK SINI

Cara memohon

Bagi yang berminat, maklumat iklan jawatan rasmi boleh didapati DI SINI atau pergi ke laman rasmi LGM (DI SINI) dan klik pada menu jawatan kosong di bahagian pengumuman (announcement).

Manakala, permohonan pula hendaklah dibuat dengan mengisi borang mengikut gred jawatan secara dalam talian (online) di pautan dalam JADUAL 1 – iklan rasmi berkenaan.

Pemohon perlu memastikan setiap maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini bagi memudahkan urusan permohonan. Permohonan yang telah lengkap diisi tidak perlu dicetak/diposkan kepada pihak LGM.

Hanya permohonan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Cik Noor Nabilah Mohamad Zaidee (Unit Pembangunan Sumber Manusia/Seksyen Perjawatan) di talian 03-9206 2000 ext : 2205.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 JUN 2021.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Pendidikan adalah asas penting dalam membentuk individu, masyarakat, dan negara yang maju. Ia bukan sekadar proses pembelajaran di sekolah atau…
RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

Dalam kehidupan seharian, kita bergantung kepada pelbagai keperluan asas dan barangan keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup serta keselesaan. Keperluan asas…