Lembaga Jurukur Tanah Malaysia buka pelbagai kekosongan jawatan: Gaji RM1,337 ~ RM2,529

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Jurukur Tanah Malaysia kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. JURUTERA – GRED J41
    • Taraf jawatan: Kontrak
    • Gaji permulaan: RM2,529
  2. JURUUKUR – GRED J41
    • Taraf jawatan: Kontrak
    • Gaji permulaan: RM2,529
  3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED F41
    • Taraf jawatan: Kontrak
    • Gaji permulaan: RM2,315
  4. JURUTEKNIK KOMPUTER – GRED FT19
    • Taraf jawatan: Kontrak
    • Gaji permulaan: RM1,377

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

*Syarat-syarat kelayakan lengkap bagi setiap jawatan, boleh rujuk – DI SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan secara bertulis dan disertakan resume bersama :

  • Sekeping gambar terbaru berukuran passport;
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan Sijil Kelahiran;
  • Salinan Sijil-sijil Akademik;
  • Dokumen – dokumen lain yang berkaitan.

 

Dimaklumkan juga bahawa semua sijil dan dokumen yang dikemukakan hendaklah disahkan.

Permohonan juga hendaklah ditulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat dan kemudiannya dihantar ke alamat:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
LEMBAGA JURUKUR TANAH
ARAS 5-7, WISMA LJT
LORONG PERAK
PUSAT BANDAR MELAWATI
53100 KUALA LUMPUR.

Sebarang dokumen permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan dan hanya calon yang melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 30 NOVEMBER 2021 (SELASA).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar ini, pelbagai jenis inisiatif, bantuan dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada…
YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan…