Lembaga Kenaf & Tembakau Negara buka pelbagai kekosongan: Minima PMR & SPM layak memohon

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan ditubuhkan pada 8 Oktober 1973 yang pada asalnya dikenali sebagai Lembaga Tembakau Negara (LTN).

Rentetan dengan kesan persaingan perdagangan industri tembakau kerana pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) pada 2010 dan polisi Kerajaan yang menggalakkan pengurangan penggunaan tembakau, Kerajaan telah mengenal pasti satu sumber tumbuhan baru untuk dibangunkan yang berpotensi menjana pendapatan kepada penanam iaitu tanaman kenaf.

Ia sekaligus menyaksikan pembubaran LTN dan digantikan dengan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN). Misi utama lembaga ini adalah bagi membangun dan memajukan industri berasaskan Kenaf serta mengawal selia industri Tembakau bagi menjana ekonomi negara.

Selaras dengan peranannya itu, kini LKTN mempelawa warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang dibuka.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Pembantu Hal Ehwal Ekonomi – Gred E19
    • Gaji: RM1,353.00 – RM4,005.00
  2. Pembantu Tadbir (P/O) – Gred N19
    • Gaji: RM1,352.00 – RM4,003.00
  3. Pembantu Tadbir (Kewangan) – Gred W19
    • Gaji: RM1,353.00 – RM4,005.00
  4. Pemandu Kenderaan – Gred H11 
    • Gaji: RM1,218.00 – RM2,939.00

 

Kelayakan akademik bagi jawatan-jawatan yang dibuka adalah dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut ketetapan khusus jawatan. Calon juga hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PMR/SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat iklan jawatan secara terperinci boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula hendaklah dibuat secara atas talian di pautan: http://jobsonline.lktn.gov.my. Pemohon tidak perlu menghantar sebarang surat menyurat dan salinan sijil-sijil sehingga dihubungi oleh pihak urusetia LKTN.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan, ia boleh dikemukakan secara e-mel kepada: [email protected] dengan disertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon pemohon. Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 03 JUN 2021 (Khamis).

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…