lembaga lada

Lembaga Lada Malaysia buka pelbagai kekosongan jawatan: Minima PMR/PT3, gaji sehingga RM2,939

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Lada Malaysia kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Lembaga Lada Malaysia

  1. PEMBANTU AWAM H11
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Penempatan: Ibu Pejabat Kuching / Pejabat Wilayah Sarawak (Sarikei/Sibu)
    • Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939
  2. PEMANDU KENDERAAN H11
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Penempatan: Pejabat Wilayah Semenanjung
    • Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939

Syarat-syarat Kelayakan

PEMBANTU AWAM H11

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PEMANDU KENDERAAN H11

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
  • Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem eJawatan Lembaga Lada Malaysia.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Permohonan yang dibuat tapi tidak mengikuti syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh tutup permohonan pada 30 APRIL 2024 (SELASA).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

Lembaga Lada Malaysia (MPB) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Perladangan & Komoditi yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 pada 1 Januari 2007.

Ibu pejabatnya terletak di Kuching, Sarawak, mempunyai tiga buah Pejabat Wilayah iaitu Pejabat Wilayah Sarawak yang mempunyai sembilan buah pejabat cawangan (Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Bintangor, Sibu, Bintulu, Belaga, Miri), Pejabat Wilayah Semenanjung Malaysia (Senai) dan Pejabat Wilayah Sabah (Kota Kinabalu). MPB berperanan dalam pembangunan industri lada dari aspek penyelidikan, meningkatkan pengeluaran dan pengembangan lada.

Visi lembaga ini adalah untuk menjadi organisasi peneraju industri lada yang mampan untuk kemakmuran negara. Ia juga bermisi untuk melaksanakan program yang inovatif bagi memastikan kemampanan industri lada negara.

Matlamat Strategik Lembaga Lada Malaysia pula ialah meningkatkan pengeluaran dan pendapatan penggiat industri lada; memperkukuhkan pengeluaran dan daya saing dalam industri dan memastikan kemampanan industri lada negara.

Manakala objektif MPB adalah:

  • Untuk menggalakkan penanaman lada;
  • Untuk membangunkan dan menggalakkan industri lada;
  • Untuk menggalakkan penyelidikan tentang lada, keluaran lada dan industri lada;
  • Untuk membangunkan matlamat, dasar dan keutamaaan Negara bagi pembangunan dan pentadbiran industri lada Malaysia yang teratur ;
  • Untuk mengawal selia industri lada kecuali penanaman dan penyelidikan tentang lada.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Permohonan Rumah RMR 2025 Masih Dibuka

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Permohonan Rumah RMR 2025 Masih Dibuka

Memiliki rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Ia melambangkan kestabilan, pencapaian peribadi, dan jaminan masa depan. Namun, realitinya, proses…
Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia (JLM): Permohonan Dibuka Sehingga 09 Mei 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia (JLM): Permohonan Dibuka Sehingga 09 Mei 2025

Pada ketika ini, Jabatan Laut Malaysia (JLM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bergelar suami isteri adalah detik indah yang dinantikan oleh ramai pasangan. Namun, selepas majlis tamat, bermulalah satu fasa kehidupan yang…