Lembaga Lada Malaysia (MPB) buka pelbagai kekosongan baru: PMR hingga Ijazah layak memohon

Lembaga Lada Malaysia (MPB) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan pada tahun 2006. Ia juga diletakkan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi serta mempunyai pejabat di beberapa buah lokasi merangkumi Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

Tujuan utama penubuhan MPB adalah bagi membangunankan industri lada dari aspek penyelidikan, meningkatkan pengeluaran dan pengembangan. Selain itu, ia juga berperanan dalam memperkukuhkan pengeluaran lada dan memastikan ia berdaya saing dalam industri.

Selaras dengan peranan dan usahanya itu, kini MPB telah membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Akauntan  – Gred WA48
  2. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi – Gred E29
  3. Pembantu Ehwal Ekonomi – Gred E19
  4. Pembantu Setiausaha Pejabat – Gred N19
  5. Pemandu Kenderaan – Gred  H11
  6. Pembantu Operasi – Gred N11
  7. Pengawal Keselamatan – Gred KP11

 

Syarat kelayakan jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus jawatan. Taraf jawatan pula adalah TETAP dan Peminjaman/Kontrak (untuk jawatan Akauntan  – Gred WA48).

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat iklan kekosongan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula hendaklah dibuat secara atas talian di laman: e-Jawatan Lembaga Lada Malaysia.

Pemohon terlebih dahulu perlu mendaftar di sistem berkenaan, sebelum permohonan jawatan boleh dibuat. Hanya calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mei 2021 (Isnin). 

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…