Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang bertanggungjawab dalam menerajui dan memajukan industri perkayuan negara. Ia juga berperanan sebagai penyelaras dalam merangka polisi dan strategi bagi membangunkan industri perkayuan negara yang berdaya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Misi utama Badan Berkanun di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) ini turut melibatkan usaha memantapkan lagi pertumbuhan industri perkayuan secara mapan melalui pewujudan persekitaran yang kondusif dan perkhidmatan berkualiti yang berterusan.
Selaras dengan peranan dan misinya itu, MTIB kini mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap dan kontrak yang ditawarkan.
Berikut adalah jawatan-jawatan yang dibuka:
- PEGAWAI UNDANG-UNDANG – GRED L41
- PEGAWAI EHWAL EKONOMI – GRED E41
- PEGAWAI TADBIR – GRED N41
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (KONTRAK) – GRED F41 K
- PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED FA29
- PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK – GRED Q29
- PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI – GRED E29
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N29
- PENOLONG JURUTERA – GRED JA29
- PEMBANTU EHWAL EKONOMI -GRED E19
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) – GRED N19
- PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN – GRED N19
- PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT – GRED N19
- PEMBANTU TADBIR KEWANGAN – GRED W19
- JURUTEKNIK KOMPUTER – GRED FT19
Bagi syarat kelayakan jawatan-jawatan yang ditawarkan, ia adalah dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus jawatan.
Calon juga perlu mendapat Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara memohon:
Bagi calon yang berminat, maklumat lanjut iklan kekosongan jawatan berserta syarat-syarat kelayakan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan (klik sini) dan e-melkan kepada: [email protected].
Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga. Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, calon bolehlah menghubungi Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan seperti alamat berikut:
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
Tingkat 13-17, Menara PGRM
No. 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras
56100 Kuala Lumpur
(u.p. Seksyen Pengurusan Sumber Manusia)
Atau menghubungi talian: 03-92822235
Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mei 2021.
_____
Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021