Khabar baik untuk yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan kini sedang membuka beberapa kekosongan jawatan. Calon digalakkan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan jawatan di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat jawatan
Penolong Juruaudit
- Gred: W29
- Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan
- Penempatan: Ibu Pejabat LPNM
- Taraf Jawatan: Tetap
- Gaji: RM1,498.00 – RM5,678.00
Pembantu Ehwal Ekonomi
- Gred: E19
- Klasifikasi Perkhidmatan: Ekonomi
- Penempatan: Seluruh Malaysia
- Taraf Jawatan: Tetap
- Gaji: RM1,353.00 – RM4,005.00
Syarat-syarat kelayakan
Bagi lantikan jawatan, calon mestilah menepati syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau sijil dalam bidang pengajian perniagaan/audit (bagi jawatan Penolong Juruaudit) sesuai dengan ketetapan khusus jawatan.
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi tugas
Penolong Juruaudit
- Menolong Juruaudit dalam menjalankan auditan terhadap akaun dan aktivit-aktiviti Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain kumpulan wang yang di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara.
Pembantu Ehwal Ekonomi
- Membantu menguruskan hal pengurusan ekonomi dan pemasaran yang berkenaan berdasarkan kepada unit-unit yang telah ditempatkan serta tugas-tugas dari pegawai atasan.
Cara memohon
Bagi yang berminat, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dirujuk di PAUTAN INI. Untuk permohonan, pemohon hendaklah mengisi borang permohonan DI SINI secara lengkap dan berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dan disusun mengikut turutan seperti berikut:
- Salinan Sijil Kelahiran
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Lesen Memandu
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah
- Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip lengkap:
- Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR
- Surat sokongan/kebenaran daripada majikan.
- Sijil-sijil penghargaan/penyertaan (terhad 3 tahun terkini)
Pemohon kemudiannya perlu menulis nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat dan dihantar ke alamat:
Ketua Pengarah,
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
Wisma Nanas,
No. 5, Jalan Padi Mahsuri,
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
JOHOR DARUL TAKZIM.
(u.p : Bahagian Khidmat Pengurusan – Seksyen Pengurusan Sumber Manusia)
Hanya pemohon yang melepasi tapisan dan menepati syarat kelayakan sahaja yang dipelawa untuk menghadiri sesi temuduga.
Tarikh tutup permohonan pada 16 JUN 2021 (Rabu).