Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) buka kekosongan jawatan: Minima STPM/Diploma layak memohon

Khabar gembira kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di LUAS adalah terbuka kepada warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor) yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

  • Skim Perkhidmatan: Pekerja Sambilan Harian bertaraf Diploma
  • Bayaran Perkhidmatan: RM72, sehari
  • Taraf Lantikan: Kontrak (Minimum 3 bulan)
  • Kekosongan: 2

Syarat-syarat kelayakan

Bagi langtikan, calon hendaklah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Sijil dalam bidang teknologi maklumat, prosesan data atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Diploma dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki lesen memandu Kelas B2/D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] serta mempunyai kenderaan sendiri; dan
  • Sihat tubuh badan.
  • Syarat khas – Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pengaturcaraan dan pangkalan data sekurang-kurangnya menggunakan PHP dan MySQL.

Tempoh perkhidmatan

Tempoh perkhidmatan PSH hendaklah tidak melebihi tiga (3) bulan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan, tempoh berkenaan boleh dilanjutkan oleh Ketua Jabatan sehingga maksimum tiga (3) bulan lagi.

Cara memohon

Bagi yang berminat, maklumat terperinci iklan jawatan boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang permohonan (muat turun DI SINI).

Borang yang telah diisi dengan lengkap, kemudiannya hendaklah disertakan bersama salinan dokumen yang berikut (keperluan pengesahan dokumen berkaitan tidak diperlukan):

  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Salinan Surat Beranak.
  • Salinan sijil PMR/SPM/SVM (mana-mana yang berkaitan).
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah terakhir.
  • Salinan sijil-sijil kelayakan akademik dan salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan.
  • Gambar berukuran pasport.

 

Borang permohonan dan salinan – salinan dokumen yang telah lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat berkenaan dengan HURUF BESAR, ke alamat:

PENGARAH, LEMBAGA URUS AIR SELANGOR, TINGKAT 13, BANGUNAN DARUL EHSAN, NO. 3, JALAN INDAH, SEKSYEN 14, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN. (U/P : UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INTEGRITI)

Hanya permohonan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 JUN 2021 (ISNIN), sebelum atau pada jam 12 tengah hari.

 

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…