LPHS buka pelbagai kekosongan jawatan terkini ~ Gaji dari RM1,493 hingga RM9,585

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. AKAUNTAN – WA41
    • Gaji: RM2,820 – RM9,585
  2. PENOLONG JURUTERA – JA29
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – N29
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – FA29
    • Gaji: RM1,549 – RM5,684

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan kekosongan jawatan.
  • Terdiri daripada pemohon kelahiran Negeri Selangor atau mempunyai ibu / bapa yang dilahirkan di Negeri Selangor.
  • Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat sijil sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

*Bagi senarai penuh syarat-syarat kelayakan setiap jawatan, KLIK SINI.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan bekelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan (KLIK SINI) secara lengkap dan tepat.

Borang yang lengkap kemudiannya hendaklah dilampirkan bersama sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa serta sijil lahir, sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan.

Ia seterusnya perlu dihantar kepada:

PENGARAH EKSEKUTIF
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH
SELANGOR TINGKAT 5, PODIUM UTARA,
BANGUNAN SSAAS
40503 SHAH ALAM.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga. Manakala, pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 04 OKTOBER 2021. 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…