LPPKN buka pengambilan pelbagai jawatan kosong: Gaji dari RM1,353 hingga RM12,449

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEMBANTU JURUAUDIT – GRED W19
    • Gaji: RM1,353 – RM4,005
  2. PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT – GRED S29
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  3. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN – GRED U29
    • Gaji: RM1,797 – RM5,753
  4. JURURAWAT – GRED U29
    • Gaji: RM1,797 – RM5,753
  5. PEGAWAI PERUBATAN – GRED UD43/47/51
    • Gaji:
      • RM3,611 – RM10,560 (UD43)
      • RM5,211 – RM11,769 (UD47)
      • RM5,860 – RM12,449 (UD51)
  6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N29
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  7. PEGAWAI TADBIR – GRED N41
    • Gaji: RM2,080 – RM9,546

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Bagi yang berminat, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dirujuk di portal MyFutureJobs dan permohonan juga boleh dibuat di laman sama.

Pemohon dikehendaki mendaftar dahulu di portal berkenaan, mengisi maklumat diri/kelayakan dengan lengkap dan klik ‘Mohon’ pada jawatan yang ingin dimohon.

Pemohon turut disarankan menggunakan komputer atau mengaktifkan mode Desktop Site di browser telefon pintar bagi memudahkan akses permohonan di portal berkenaan.

Hanya permohonan yang melepasi tapisan dan menepati kelayakan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 07 FEBRUARI 2022, ISNIN.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Pendidikan adalah asas penting dalam membentuk individu, masyarakat, dan negara yang maju. Ia bukan sekadar proses pembelajaran di sekolah atau…
RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

Dalam kehidupan seharian, kita bergantung kepada pelbagai keperluan asas dan barangan keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup serta keselesaan. Keperluan asas…