Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan
PEGAWAI MASJID MUKIM
- IMAM TUA / IMAM MUDA
- Elaun bulanan: RM1,000 – RM1,850
- Penempatan: Pelbagai Daerah
- BILAL
- Elaun bulanan: RM700 – RM800
- Penempatan: Pelbagai Daerah
Syarat-syarat Kelayakan
- Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
- Mempunyai pengetahuan agama yang baik;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Aras 2, Bahagian Agama, MAIK atau di Portal Rasmi MAIK (muat turun DI SINI).
Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat:
Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.
(u.p: Bahagian Agama)
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 12 OKTOBER 2022, RABU.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI.