maim

MAIM buka banyak jawatan kosong dengan gaji sehingga RM9,552: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan MAIM

  1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (DG41)
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jadual Gaji: RM2,188 – RM9,552
  2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (NT29)
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672
  3. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (S29)
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672
  4. PENGURUS RUMAH ANAK YATIM SULTAN SALEHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (RAYSAS)

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Syarat-syarat kelayakan akademik bagi setiap jawatan boleh dirujuk di hebahan rasmi.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Jawatan MAIM. Sistem ini disediakan untuk memudahkan pemohon membuat permohonan jawatan di MAIM. Pemohon juga boleh mengemaskini maklumat pada bila-bila masa dan menyemak status permohonan jawatan yang dipohon di dalam sistem ini.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh tutup permohonan pada 30 APRIL 2024 (SELASA).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

Sebarang pertanyaan boleh menghubugi Urusetia Unit Pembangunan Sumber Manusia, BPSM, MAIM di talian 062837416 samb 158/169.

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah ditubuhkan pada 28 September 1960. Ia bertujuan menguruskan hal ehwal Agama Islam Negeri Melaka. Sebagai sebuah badan pembuat dasar Agama Islam Negeri Melaka, beberapa agensi / institusi Islam telah ditubuhkan seperti Jabatan Agama Islam, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah dan anak-anak syarikat MAIM untuk melaksanakan segala keputusan atau dasar yang telah dibuat oleh MAIM.

Objektif utama MAIM adalah mendorong dan menggerakkan masyarakat Islam ke arah peningkatan ilmu dan amalan yang cemerlang sesuai dengan tujuan mewujudkan masyarakat berdaya maju, berakhlak dan bercita-cita tinggi berdasarkan syariat Islam; menjadikan MAIM sebagai organisasi penyatu ummah dan rujukan masyarakat Islam dalam permasalahan yang timbu dan menjalinkan perpaduan kaum di kalangan masyarakat berbilang kaum, bangsa dan budaya melalui dakwah yang berkesan dan mantap.

Ia juga berobjektif untuk memaju dan membangunkan Baitulmal untuk memantapkan ekonomi secara berperancangan yang rapi dan berhati-hati dalam bidang pelaburan, pembinaan dan perniagaan yang tidak bercanggah dengan syarak serta membangunkan dan mengembangkan institusi zakat untuk manfaat masyarakat Islam.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…