MAINPP

MAINPP buka permohonan banyak jawatan kosong bagi November 2022: Gaji sehingga RM9,546

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan Kosong MAINPP

  1. PEGAWAI TADBIR GRED N41
    • Gaji: RM2,080 – RM9,546
  2. PENOLONG JURUTERA GRED JA29
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  3. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L29
    • Gaji: RM1,773 – RM5,674
  4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  5. PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT29
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  6. PENOLONG AKAUNTAN GRED W29
    • Gaji: RM1,498 – RM5,678
  7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003

Syarat-syarat Kelayakan Jawatan Kosong MAINPP

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan kekosongan jawatan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di laman web rasmi MAINPP.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm dan ditulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat.

Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat:

Setiausaha
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
Tingkat 7, 8 & 9, Menara JKP
No.128, Jalan Macalister
10400 PULAU PINANG.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 21 NOVEMBER 2022, ISNIN.

Hebahan rasmi kekosongan boleh dirujuk DI SINI dan borang permohonan jawatan boleh didapati DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…