Majikan culas bayar gaji? Aplikasi ni nanti akan kesan majikan tak bayar gaji selepas 7 hari bulan

Kerajaan dijangka akan melancarkan aplikasi ‘Working For Workers’ (WFW) bagi mengesan majikan yang culas membayar gaji kepada pekerja, khususnya berkaitan dengan pembayaran lewat dari tarikh yang sepatutnya.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga dilaporkan sedang dalam peringkat akhir memperhalusi sistem “e-wages” berkenaan bagi memberi keadilan kepada semua pekerja, termasuklah di kalangan pekerja warga asing.

“Melaluinya, kita boleh terus dapat maklumat yang disalurkan pekerja syarikat yang berkenaan itu sendiri sebelum aduan dikemukakan oleh mereka seperti sekarang. Apabila majikan tidak bayar gaji atau bayar lewat lebih hari ketujuh setiap bulan, maka terus kita akan dapat maklumat.

“Menerusi e-Wages yang mana dengan maklumat awal mengenai kelewatan pembayaran gaji, kita tidak lagi perlu menunggu aduan pekerja sebaliknya bila kita tahu, kita akan ambil tindakan.” – Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, petikan dari Berita Harian.

Menurut Seksyen 19, Akta Kerja 1955 – pembayaran gaji pekerja perlu dibuat dalam tempoh tidak melebihi tujuh hari dari tempoh upah.

Bagaimanapun, pihak majikan boleh melanjutkan pembayaran upah atau membayar lewat di bawah keadaan tertentu selepas mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Buruh.

Sumber: Berita Harian.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…
Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…