Majikan tak benarkan Bekerja Dari Rumah (WFH)? Sekarang kita boleh buat aduan dengan aplikasi ini

Seperti yang semua sedia maklum, Kerajaan baru-baru ini telah pun memperketatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan menetapkan 80 peratus pekerja sektor awam dan 40 peratus pekerja sektor swasta Bekerja Dari Rumah (WFH).

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa masih terdapat majikan yang ingkar dengan arahan tersebut dan bertindak memaksa bekerja tetap datang ke pejabat atau tempat kerja.

Susulan dengan isu berkenaan, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata para pekerja boleh membuat aduan berkenaan isu tersebut melalui aplikasi Working for Workers (WFW) yang diperkenalkan Kerajaan.

Malah sehingga 24 Mei, aplikasi itu telah menerima sembilan aduan berhubung majikan yang melarang pekerja untuk WFH.

“Mana-mana pekerja yang dipaksa oleh majikan untuk hadir ke pejabat dan bercanggah dengan sekatan tambahan bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diminta membuat aduan melalui aplikasi WFW,” – katanya dalam satu kenyataan, petikan dari Berita Harian.

Selepas aduan dibuat, pihak Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi jabatan-jabatan berkaitan di bawahnya akan menjalankan siasatan sesuai dengan akta-akta yang berkaitan.

Untuk maklumat, aplikasi WFW adalah sebuah platform bagi golongan pekerja untuk menyuarakan aduan serta permasalahan berhubung isu-isu perburuhan.

Hingga kini, terdapat 17 kategori aduan dalam aplikasi berkenaan menyentuh isu-isu perburuhan yang dihadapi golongan pekerja.

“Negeri yang merekodkan jumlah aduan tertinggi adalah WP Kuala Lumpur (75 kes), diikuti Selangor (44 kes), dan Johor (21 kes). Antara isu aduan yang kerap diterima adalah berhubung kelewatan pembayaran gaji, tiada pembayaran gaji, pemberhentian kerja tanpa notis, isu ketiadaan kontrak kerja dan lain-lain isu.” – petikan kenyataan KSM.

Bagi yang mahu membuat aduan, anda boleh memuat turun aplikasi WFW di telefon pintar masing-masing untuk Android dan iPhone.

Sumber: Berita Harian & Kenyataan KSM.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…