Majlis Belia Malaysia (MBM) buka 188 kekosongan jawatan: Minima SPM layak memohon

Majlis Belia Malaysia (MBM) adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 9 September 1950 dan menjadi sebuah badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di negara ini.

Tujuan utama penubuhan MBM adalah bagi menggalakkan kemajuan belia yang seimbang di semua bidang merangkumi ekonomi, sosial, mental, fizikal, akhlak dan politik. Malah, MBM juga bertujuan untuk memupuk perasaan kebangsaan dan semangat bekerja dengan penuh dedikasi bagi kepentingan masyarakat serta negara.

Selaras usaha dan tujuannya itu, kini MBM telah membuka 188 kekosongan jawatan sebagai FELO NGO untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah maklumat jawatan:

  • Kelayakan: SPM / O Level / SKM Tahap 1 / SKM Tahap 2 / SKM Tahap 3 atau yang setaraf.
  • Gaji: >RM1,200

 

Bidang tugas jawatan adalah:

  • Melaksana dan menyelaras tugas-tugas pengurusan persatuan.
  • Membantu menguruskan tugas-tugas pentadbiran persatuan termasuk menjawab panggilan telefon, menjadualkan temu janji dan menyediakan surat-menyurat.
  • Membantu menyediakan platform bagi aktiviti berbentuk atas talian bagi penyertaan belia.
  • Membantu menyelaraskan dan melaksanakan hebahan program-program yang dilaksanakan oleh MBM/KBS.
  • Membantu belia menyertai dan membuat permohonan program SPN secara atas talian.
  • Mengenal pasti belia yang memenuhi syarat untuk ditawarkan mengisi jawatan kosong di syarikat-syarikat yang bekerjasama dengan pihak MBM/KBS.
  • Membantu persatuan melaksanakan tugas-tugas berkaitan khidmat sosial dan kesukarelaaan dalam kalangan komuniti setempat.
  • Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat iklan jawatan secara terperinci boleh didapati di portal: MyFutureJobs dan permohonan juga boleh dibuat di portal sama. Dimaklumkan juga bahawa pemohon perlu mendaftar dahulu di portal berkenaan sebelum boleh mengemukakan sebarang permohonan.

Pemohon turut digalakkan menggunakan komputer atau mengaktifkan mode Desktop Site di browser telefon pintar bagi memudahkan akses permohonan di portal berkenaan.

Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 04 JUN 2021.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…