Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) buka pelbagai kekosongan jawatan: Gaji RM1,216 – RM2,188

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di MPM adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI PEPERIKSAAN – GRED DG41 (KONTRAK/TETAP)
    • Gaji: RM2,188
  2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) – GRED W19 (KONTRAK/TETAP)
    • Gaji: RM1,353
  3. PENGAWAL KESELAMATAN – GRED KP11 (KONTRAK/TETAP)
    • Gaji: RM1,205
  4. PEMBANTU OPERASI – GRED N11 (KONTRAK/TETAP)
    • Gaji: RM1,216

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PMR atau SPM mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

*KLIK SINI, untuk senarai syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Cara Memohon

Bagi yang berminat, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) DI SINI.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temu duga.

Iklan rasmi kekosongan jawatan, boleh dirujuk DI SINI.

Tarikh tutup permohonan pada 08 SEPTEMBER 2021 (RABU).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…