Majlis Sukan Negara Malaysia buka kekosongan jawatan terkini: Gaji RM1,800 hingga RM3,500

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Sukan Negara Malaysia kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEMBANTU AWAM (TUKANG KEBUN)

  • Kekosongan: 2 kekosongan
  • Gaji: RM1,800 – RM3,500
  • Penempatan: 
    • Pusat Latihan Perahu Layar Langkawi, Kedah
    • Kompleks Sukan MSN Kuala Rompin, Pahang

Syarat-syarat Kelayakan

  • Lelaki berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelulusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Bahasa Melayu.

Bidang Tugas

  • Bertanggungjawab sepenuhnya menyelenggara landskap dan memastikan kebersihan kawasan longkang luar bangunan;
  • Memelihara dan menjaga kesuburan tanaman seperti membersihkan kawasan tanaman, membaja dan mencegah ancaman serangga perosak;
  • Memotong dan membersihkan rumput-rumput di kawasan sekitar.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan sijil akademik PMR/PT3/SRP;
  • Salinan sijil-sijil kemahiran yang berkaitan;
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
  • Salinan Kad Pengenalan.

 

Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat e-mel: [email protected] atau ke:

MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
Cawangan Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Bukit Jalil, 57000, Kuala Lumpur.

Dimaklumkan bahawa permohonan yang dihantar melalui pos hendaklah ditulis nama jawatan dan penempatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat.

Tarikh tutup permohonan pada 08 APRIL 2022, JUMAAT.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…