BKK

RM3,000 Telah Dibayar Terus Ke Akaun Penerima Bulan Ini (Januari 2025): Maklumat Bantuan BKK 2025

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, bantuan kewangan daripada kerajaan dan organisasi lain menjadi penyelamat kepada ramai individu dan keluarga. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan yang dihadapi rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah, ibu tunggal, warga emas, dan mereka yang terkesan akibat bencana alam atau pandemik.

Pelbagai jenis bantuan disediakan untuk memenuhi keperluan yang berbeza, termasuk wang tunai bulanan, subsidi pendidikan, bantuan makanan, dan sokongan kesihatan. Contohnya, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan inisiatif bantuan khas lain seperti bantuan monsun untuk petani dan nelayan menjadi bukti komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat.

Namun, cabaran tetap wujud dalam memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada program ini. Tidak semua individu sedar tentang hak mereka atau cara memohon bantuan yang layak diterima. Oleh itu, usaha untuk meningkatkan kesedaran dan memudahkan proses permohonan amat penting agar bantuan dapat sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.

Bantuan kewangan bukan sahaja membantu mengurangkan tekanan kewangan, tetapi juga memberikan peluang untuk membina kehidupan yang lebih stabil dan produktif. Dengan sokongan yang betul, rakyat dapat meningkatkan taraf hidup, mengejar pendidikan, dan memastikan keselamatan keluarga mereka terjamin.

Dalam masa sama, terdapat juga Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang diperkenalkan di peringkat Persekutuan dan Negeri dengan kadar tertentu. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan BKK berkenaan: –

Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM3,000

Di bawah Belanjawan 2025 Sabah, pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak sebulan gaji dengan bayaran minimum RM3,000 kepada semua penjawat awam negeri berkenaan.

BKK turut diberikan kepada pekerja berstatus kontrak, vot terbuka dan pekerja sambilan harian yang berkhidmat dengan kerajaan negeri. Pembayaran bantuan ini dibuat dengan cara kredit terus ke akaun penerima pada bulan Januari 2025.

“…selain daripada pelarasan gaji, Kerajaan Sabah juga ingin membawa khabar gembira kepada penjawat awam negeri Sabah dengan memberikan bantuan khas kewangan sebanyak sebulan gaji atau minimum RM3,000.

“Bayaran bantuan khas kewangan ini yang membabitkan seramai 18,949 orang penjawat awam negeri dengan implikasi kewangan sebanyak RM68.48 juta akan dibayar pada Januari 2025,” kata Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2025 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

BKK Negeri-Negeri Lain

Selain pihak Kerajaan Sabah, Kerajaan Negeri Selangor juga memperkenalkan bantuan sama dengan kadar dua bulan gaji kepada semua penjawat awam negeri. Kadar sebulan gaji dibayar pada 31 Disember 2025  dan sebulan lagi akan dilunaskan pada 25 Mac 2025 bersempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Suka saya mengumumkan BKK yang akan dilaksanakan pada tahun ini adalah tambahan kepada BKK sebelum ini iaitu pada 1 Feb lepas dan Aidilfitri baru-baru ini.

“Ini meliputi pelbagai syarat-syarat telah kita tetapkan dengan satu bulan akan dibayar pada 31 Dis depan dan sebulan lagi akan dilunaskan pada 25 Mac tahun hadapan bersempena menyambut Aidilfitri,” kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula – kadar BKK ditetapkan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri itu. Pembayarannya telah pun dibuat pada bulan Disember 2024 lalu, iaitu secara dibayar terus ke akaun penerima.

Ia adalah sebagai tanda penghargaan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri. Dalam pada itu, BKK sebanyak RM300 akan diberikan kepada penyelia dan guru KAFA, guru Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), kakitangan SRAR, SMAR, SABK, guru tahfiz, guru pondok, guru tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina Pulau Pinang.

Manakala, Kerajaan Negeri Kelantan menetapkan kadar Bantuan Khas Kewangannya sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Pembayarannya akan dibuat pada bulan Februari 2025 dengan implikasi kewangan sebanyak RM4.97 juta.

“Bantuan khas kewangan RM500 seorang diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. “Bayaran itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM4.97 juta,” kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud ketika membentangkan Belanjawan Kelantan 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Darulnaim.

ARTIKEL BERKAITAN

RM100 Telah Mula Dikreditkan Ke Kad Pengenalan/MyKad Penerima: Ini Cara Menggunakannya

RM100 Telah Mula Dikreditkan Ke Kad Pengenalan/MyKad Penerima: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40, atau 40 peratus kumpulan isi rumah dengan pendapatan terendah di Malaysia, sering menjadi tumpuan utama dalam pelbagai dasar…
Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…