Dalam perbincangan mengenai ekonomi dan kesejahteraan rakyat, istilah B40 dan M40 sering digunakan, terutamanya dalam dasar kerajaan, bantuan kewangan, serta pelan pembangunan sosial. Secara ringkasnya, B40 merujuk kepada 40% kumpulan pendapatan terendah, manakala M40 adalah 40% kumpulan pendapatan pertengahan di Malaysia. Klasifikasi ini bukan sekadar angka, tetapi mencerminkan realiti kehidupan rakyat yang berbeza dari segi keperluan, cabaran, dan peluang.
Golongan B40 sering menjadi tumpuan pelbagai bentuk bantuan seperti subsidi, insentif tunai, dan program sokongan untuk mengurangkan beban kos sara hidup. Ini termasuk bantuan kewangan seperti STR (Sumbangan Tunai Rahmah), subsidi bahan api, dan program perumahan mampu milik. Dengan kos kehidupan yang semakin meningkat, golongan ini memerlukan sokongan berterusan untuk memastikan mereka dapat menjalani kehidupan yang stabil dan selesa.
Sementara itu, M40 pula berada dalam kedudukan pertengahan—tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan tetapi masih terkesan dengan perubahan ekonomi seperti inflasi, kenaikan harga barang, serta cukai pendapatan. Walaupun mereka memiliki kuasa membeli yang lebih baik berbanding B40, cabaran utama golongan ini adalah kos perumahan, pendidikan anak-anak, dan simpanan persaraan. Oleh itu, pelbagai insentif seperti pelepasan cukai, bantuan pendidikan, serta skim perlindungan sosial turut disediakan untuk mengurangkan beban mereka.
Memahami perbezaan dan keperluan setiap kumpulan ini amat penting bagi memastikan polisi ekonomi serta inisiatif kerajaan benar-benar efektif dalam membantu rakyat. Sama ada B40 mahupun M40, setiap golongan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara dan memerlukan strategi sokongan yang sesuai untuk menjamin kesejahteraan jangka panjang.
Oleh hal demikian, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah atau STR. Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan tunai yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan menengah. Ia juga bagi meringan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.
Bagi tahun 2025, pemberian STR ditetapkan dengan syarat-syarat kelayakan berikut:
- si Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Pembayaran STR
Pembayaran STR adalah berbeza-beza mengikut kategori penerima. Ini adalah maklumat jumlah keseluruhan STR bagi tahun 2025:
- Isi Rumah (≤ RM2,500)
- Anak 5 orang ke atas: RM2,500
- Anak 3 – 4 orang: RM2,000
- Anak 1 – 2 orang: RM1,500
- Anak 0: RM1,000
- Isi Rumah (RM2,501 – RM5,000)
- Anak 5 orang ke atas: RM1,250
- Anak 3 – 4 orang: RM1,000
- Anak 1 – 2 orang: RM750
- Anak 0: RM500
- Warga Emas Tiada Pasangan (≤ RM5,000)
- Jumlah STR: RM600
- Bujang (≤ RM2,500)
- Jumlah STR: RM600
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Bagi pembayaran STR Fasa 1, ia telah pun dibuat secara berperingkat mulai 22 Januari 2025. Cara pembayaranya adalah secara kredit terus ke akaun bank penerima, seperti mana maklumat yang telah diberikan ketika permohonanan/kemaskini dibuat.
Untuk mereka yang tidak memiliki akaun bank/akaun tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Jumlah pembayaran STR Fasa 1 adalah seperti berikut:
- Isi Rumah (≤ RM2,500)
- Anak 5 orang ke atas: RM500
- Anak 3 – 4 orang: RM500
- Anak 1 – 2 orang: RM500
- Anak 0: RM500
- Isi Rumah (RM2,501 – RM5,000)
- Anak 5 orang ke atas: RM300
- Anak 3 – 4 orang: RM250
- Anak 1 – 2 orang: RM150
- Anak 0: RM150
- Warga Emas Tiada Pasangan (≤ RM5,000)
- Jumlah STR: RM150
- Bujang (≤ RM2,500)
- Jumlah STR: RM150
Untuk info lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah 2025, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.