bantuan str

Maklumat bayaran & penerima Bantuan STR yang dibayar bulan ini (April 2024): Semak sekarang

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Ia termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diteruskan pada tahun 2024 ini kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40 dan M40. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah sebuah bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia dengan tujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar berkelayakan serta memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Dengan hikmah penyasaran semula subsidi, ia membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai STR ini kepada rakyat dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Mereka yang layak menerima bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Pembayaran STR

Bagi tahun 2024, berikut adalah jumlah bayaran keseluruhan bagi setiap kategori penerima:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM1,000
  • Bilangan anak 1 – 2: RM1,500
  • Bilangan anak 3 – 4: RM2,000
  • Bilangan anak 5 & ke atas:RM2,500

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: RM500
  • Bilangan anak 1 – 2: RM750
  • Bilangan anak 3 – 4: RM1,000
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,250

Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM350

Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM600

Pembayaran STR Fasa 2

Untuk makluman, pembayaran STR Fasa 2 akan dibuat pada bulan April depan. Akan tetapi, kadar pembayarannya masih belum diumumkan secara rasmi dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Berkenaan dengan kaedah pembayarannya, ia akan dibuat sama ada secara kredit terus ke akaun penerima atau pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank/akaun berstatus tidak aktif.

Bagi yang ingin membuat semakan kelulusan, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR dengan tatacara berikut: Log Masuk MySTR > Semakan Status > Maklumat Pembayaran. Di sana nanti akan dipaparkan maklumat seperti Nombor Pengenalan Akaun Kredit, Nama Penerima, Fasa Pembayaran, Jumlah Dikredit, Status Kredit, Nama Bank dan No Akaun Bank.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pemberian Bil Air Percuma 2024: Syarat-syarat, senarai mereka yang layak & cara memohon

Pemberian Bil Air Percuma 2024: Syarat-syarat, senarai mereka yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Jawatan kosong Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 2024: Tawaran gaji RM2,100/sebulan

Jawatan kosong Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 2024: Tawaran gaji RM2,100/sebulan

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan…
e-Wallet RM300 kepada mereka berpendapatan bawah RM5,000: Dikreditkan setiap bulan

e-Wallet RM300 kepada mereka berpendapatan bawah RM5,000: Dikreditkan setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…