geran pelancaran

Bantuan RM2,700 ‘one-off’ Kepada B40: Maklumat Cara Memohon Geran Pelancaran 2025

Dalam dunia yang semakin mencabar, masih terdapat ramai individu dan keluarga yang bergelut untuk memenuhi keperluan asas kehidupan seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan, dan rawatan kesihatan. Golongan memerlukan ini bukan sahaja terdiri daripada mereka yang tidak berkemampuan, malah juga golongan rentan seperti warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, dan mereka yang terjejas akibat bencana alam atau krisis ekonomi.

Ketidakseimbangan dalam peluang dan sumber menjadikan perjuangan hidup mereka semakin sukar. Membantu golongan ini bukan sekadar satu pilihan, tetapi tanggungjawab sosial kita sebagai sebuah masyarakat yang prihatin. Setiap sumbangan, tidak kira kecil atau besar, mampu memberikan impak yang besar kepada mereka yang memerlukan.

Bantuan boleh hadir dalam pelbagai bentuk seperti wang tunai, barangan keperluan, sokongan moral, mahupun peluang pekerjaan. Selain itu, menyertai atau menyokong inisiatif kebajikan yang dianjurkan oleh kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), atau komuniti setempat juga boleh menjadi cara yang efektif untuk menyalurkan bantuan secara lebih teratur dan menyeluruh.

Ketika kita berganding bahu membantu mereka yang kurang bernasib baik, kita bukan sahaja meringankan beban mereka, tetapi juga memperkukuhkan ikatan dalam masyarakat. Kesedaran bahawa bantuan yang diberikan mampu mengubah nasib seseorang menjadi pemangkin untuk kita terus menyumbang.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan jug telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bagi membantu golongan ini mempertingkatkan kemampuan diri dan berdikari. Antaranya adalah dengan memperkenalkan…

Geran Pelancaran JKM

Geran Pelancaran adalah salah satu bantuan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan objektif untuk memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu atau keluarga.

Ia juga bertujuan untuk mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Kadar Geran Pelancaran ditetapkan sebanyak RM2,700 dan akan diberikan secara ‘one-off’ (sekaligus).

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Untuk makluman, permohonan Geran Pelancaran boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat. Akan tetapi, sesuai dengan syarat-syarat kelayakan – permohonan hanya boleh dibuat oleh kumpulan sasar JKM iaitu mereka yang telah menerima bantuan bulanan JKM sedia ada sahaja.

Oleh yang demikian, mereka yang ingin Geran Pelancaran – perlulah mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu. Sekiranya layak dan setelah tersenarai sebagai penerima bantuan, maka bolehlah mengemukakan permohonan untuk bantuan Geran Pelancaran.

Bagi maklumat lanjut bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Selain Geran Pelancaran, terdapat lagi bantuan ‘one-off’ yang diperkenalkan di bawah JKM. Ia adalah Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan bagi membantu kumpulan sasar JKM yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk membeli anggota palsu atau alat sokongan seperti yang disyorkan oleh Pegawai atau Pengamal Perubatan (kerajaan/ swasta) atau Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan.

Ia juga bagi membolehkan kumpulan sasar JKM meningkatkan keupayaan dan mobiliti bagi menjalani kehidupan.

Jenis-jenis alat tiruan/sokongan yang boleh dimohon adalah:

  • Anggota Palsu
  • Kerusi Roda
  • Alat Bantu Pendengaran
  • Alat-alat Keperluan Lain
  • Penggantian / Baik Pulih Alat

 

Syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan pula adalah seperti berikut:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan;
  • Nota: Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Kementerian Januari 2025: Kelayakan Minima Diploma

Pengambilan Jawatan Kosong Kementerian Januari 2025: Kelayakan Minima Diploma

Pada ketika ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…
Bantuan Am Kerajaan Dinaikkan Kepada RM500 Setiap Bulan: Ini Syarat-Syarat & Cara Memohon

Bantuan Am Kerajaan Dinaikkan Kepada RM500 Setiap Bulan: Ini Syarat-Syarat & Cara Memohon

Golongan B40 atau 40 peratus kelompok pendapatan terendah di Malaysia, sering menjadi fokus utama dalam pelbagai dasar dan program kerajaan.…
RM150 hingga RM3,000 Akan Diagihkan: Ini Senarai Bantuan-Bantuan Kerajaan Tahun 2025

RM150 hingga RM3,000 Akan Diagihkan: Ini Senarai Bantuan-Bantuan Kerajaan Tahun 2025

Setiap kali tahun baru menjelang, ramai antara kita memasang azam dan cita-cita baharu. Tahun baru melambangkan permulaan baharu, peluang untuk…