fasa 4

Maklumat lengkap STR Fasa 4: Jumlah bayaran, tarikh & senarai penerima yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –

STR Fasa 4

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia daripada kalangan golongan berpendapatan kategori B40 dan M40.

Ia juga merupakan kesinambungan kepada bantuan-bantuan kewangan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BPN) dan sebagainya.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah pun dilaksanakan pada bulan Januari dan April lalu. Manakala, pembayaran STR Fasa 4 pula dibayar pada bulan lalu sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha.

Makanya, kini hanya berbaki satu lagi fasa yang akan dibayar kepada rakyat Malaysia iaitu Fasa 4.

Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM600
  • Bilangan anak 3 – 4: RM900
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 2: RM200

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan maklumat yang dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 4 akan dilaksanakan pada bulan November 2023.

Akan tetapi, tarikh rasmi atau sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…