fasa 2

STR Fasa 1 telah selesai dikreditkan: Ini pula maklumat penerima, tarikh & bayaran STR Fasa 2

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah dengan meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR pada asasnya merupakan sebuah bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 dengan tujuan meringankan beban kewangan mereka. Ia juga diberikan dengan kadar tertentu berdasarkan pendapatan dan tanggungan setiap penerima.

Malah, hikmah penyasaran semula subsidi – Kerajaan telah menambah baik dan meningkatkan pemberian STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Untuk makluman, jumlah kelayakan pembayaran STR bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM1,000
  • Bilangan anak 1 – 2: RM1,500
  • Bilangan anak 3 – 4: RM2,000
  • Bilangan anak 5 & ke atas:RM2,500

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: RM500
  • Bilangan anak 1 – 2: RM750
  • Bilangan anak 3 – 4: RM1,000
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,250

Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM350

Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah

  • STR Fasa 1: RM600

Tarikh Pembayaran

Seperti mana semua telah sedia maklum, pembayaran STR Fasa 1 telah pun mula dikreditkan kepada yang layak secara berperingkat bermula pada 29 Januari 2024 lalu.

Berkenaan dengan pembayaran STR Fasa 2 pula, ia akan dibuat pada bulan April 2024 nanti. Akan tetapi, jumlah pembayarannya masih belum diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Pembayarannya STR akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak dan diluluskan. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3: Jumlah Bayaran, Penerima dan Tarikh Pembayaran

STR Fasa 3: Jumlah Bayaran, Penerima dan Tarikh Pembayaran

Dalam landskap ekonomi Malaysia yang semakin mencabar, dua kumpulan yang sering menjadi tumpuan dalam perbincangan dasar dan kebajikan ialah golongan…
Jawatan Kosong ILMIA, Jabatan Perangkaan Malaysia: Ambilan Jun 2025

Jawatan Kosong ILMIA, Jabatan Perangkaan Malaysia: Ambilan Jun 2025

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kini membuka pengambilan bagi jawatan MySTEP Pegawai Penyelidik Kajian Perburuhan di bawah pasukan ILMIA (Institut Maklumat…
Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…