mysalam

Bantuan RM8,000 ‘One-Off’ Untuk Golongan B40: Ini Maklumat Penuh MySalam 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Mereka berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi seperti kos sara hidup yang meningkat, pendapatan yang tidak menentu, serta kesukaran mendapatkan perumahan dan pendidikan yang berkualiti.

Bagi membantu golongan ini, kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif seperti bantuan tunai, subsidi barangan keperluan, dan skim perubatan yang memberi rawatan percuma di klinik panel terpilih. Selain itu, terdapat juga bantuan pendidikan seperti biasiswa dan pinjaman PTPTN dengan kadar faedah rendah untuk memastikan anak-anak B40 mendapat peluang belajar yang lebih baik.

Namun, cabaran utama yang dihadapi oleh golongan ini adalah kebergantungan terhadap bantuan jangka pendek tanpa strategi jangka panjang untuk keluar daripada kemiskinan. Oleh itu, program peningkatan kemahiran seperti MYFutureJobs dan Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) diperkenalkan bagi membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

Meskipun pelbagai bantuan disediakan, usaha untuk memperkasakan B40 harus diteruskan dengan memberi lebih banyak peluang kepada mereka untuk meningkatkan taraf hidup secara lestari.

Selain itu, pihak Kerajaan turut memperkenalkan bantuan khusus kepada golongan B40 melalui Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam. Ini adalah maklumat lanjut tentang bantuan berkenaan: –

Bantuan MySalam 2025

Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam adalah sebuah Skim Perlindungan Takaful Percuma yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti B40 di Malaysia. Skim ini bernaung di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah mySalam.

Skim ini dirangka untuk beroperasi selama 5 tahun, iaitu bermula dari tahun 2019 sehingga tahun 2023. Akan tetapi, disebabkan maklum balas rakyat Malaysia yang memberansangkan terhadap skim ini, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan skim ini sehingga tahun 2025.

Di bawah skim ini, terdapat dua manfaat utama yang disediakan iaitu pembayaran RM50 sehari bagi kemasukan wad di semua Hospital Kerajaan Malaysia, Hospital Universiti dan Hospital Angkatan Tentera terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun.

Jika penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai, mereka boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 secara ‘one-off’ dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun ahli mySalam sekali seumur hidup.

Syarat-Syarat Kelayakan MySalam

Kelayakan MySalam berdasarkan kelayakan dalam Skim Bantuan Tunai Rakyat (BR1M, BSH, BPR, BKM, dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun. Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan akan layak menjadi ahli mySalam secara automatik.

Kriteria umur yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Kategori Berkahwin – Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
  • Kategori Bujang – Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun.
  • Kategori OKU – Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun.

Cara Menuntut MySalam

Tuntutan Penyakit Kritikal

  • Langkah 1: Layari Portal MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
  • Langkah 2: Klik pada Muat Turun Borang dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal.
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’.
  • Langkah 4: Log masuk ke Portal MySalam dan klik pada ikon Tuntutan, diikuti dengan ikon Penyerahan Tuntutan. Kemudian, skrol ke bawah dan klik pada ikon Tuntutan Penyakit Kritikal.
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang Muat Naik untuk memuat naik lampiran* dibawah. Seterusnya, klik butang Lampirkan.
    • Salinan Kad Pengenalan – (depan dan belakang)
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
  • Langkah 6: Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penyerahan tuntutan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tuntutan Hospitalisasi

  • Langkah 1: Layari Portal MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
  • Langkah 2: Klik ikon Tuntutan, diikuti dengan ikon Penyerahan Tuntutan. Skrol ke bawah laman web dan klik ikon Tuntutan Hospitalisasi.
  • Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan, klik butang Muat Naik untuk memuat naik lampiran* seperti di bawah. Seterusnya klik butang Lampirkan.
    • Salinan kad pengenalan – (depan dan belakang)
    • Salinan nota discaj
  • Langkah 4: Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penyerahan tuntutan.

 

Bagi maklumat lebih lengkap dan terperinci tentang Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Tunai RM500 Dibayar Minggu Depan: Semak Senarai Penuh Penerima

Bantuan Tunai RM500 Dibayar Minggu Depan: Semak Senarai Penuh Penerima

Penjawat awam memainkan peranan penting dalam menggerakkan jentera pentadbiran negara. Mereka terdiri daripada pelbagai lapisan pekerjaan, termasuk guru, anggota keselamatan,…
Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) 2025

Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) 2025

Pada ketika ini, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Cara Menggunakan SARA RM100 - RM200 yang Dikreditkan Dalam MyKad Setiap Bulan

Cara Menggunakan SARA RM100 - RM200 yang Dikreditkan Dalam MyKad Setiap Bulan

Dalam kehidupan seharian, keperluan asas memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan setiap individu. Keperluan asas merujuk kepada perkara utama yang…