maklumat

Maklumat Penuh Pembayaran STR Fasa 3 yang telah mula dikreditkan ke akaun

Keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat telah menjadi antara isu utama di kalangan masyarakat. Prihatin dengan keadaan itu, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kepada mereka yang memerlukan terutama mereka yang berpendapatan sederhana (M40) dan rendah (B40) di bawah Belanjawan 2024.

Antaranya adalah apabila pihak Kerajaan meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai berkenaan: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah sebuah bantuan kewangan yang juga merupakan kesinambungan bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat, Bantuan Keluarga Malaysia dan sebagainya. Bantuan ini diberikan kepada isi rumah, warga emas dan bujang yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

STR Fasa 3

Berkenaan dengan STR Fasa 3, ia telah pun mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat mulai 29 Ogos 2024 (Khamis). Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, mereka boleh membuat tuntutan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

Kadar pembayaran STR Fasa 3 pula adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah (≤ RM2,500): RM150 – RM650
  • Isi Rumah (RM2,501-RM5,000): RM150 – RM300
  • Warga Emas Tiada Pasangan: RM150
  • Bujang: RM50

 

Pembayaran STR Fasa 3 ini akan memanfaatkan lebih 8 juta orang penerima, khususnya di kalangan isi rumah, warga emas dan bujang. Dalam masa sama, pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun selesai dilaksanakan pada bulan Januari dan April lalu.

Permohonan STR

Pada tahun ini, permohonan STR dibuka sepanjang tahun dan mereka seperti senarai di bawah boleh membuat permohonan baru:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

 

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di Sistem MySTR di Portal Rasmi STR. Ia juga boleh dibuat secara manual dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

Borang yang lengkap bersama salinan dokumen-dokumen sokongan kemudiannya perlu diserahkan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL atau penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat seperti berikut:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA

Dimaklumkan bahawa penghantaran borang secara faks dan e-mel adalah tidak diterima. Pemohon kemudiannya boleh membuat semakan kelulusan di portal sama dengan cara berikut:

  • Klik log masuk di Portal Rasmi STR (MySTR);
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (jika ada)

 

Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan STR 2024 boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Golongan B40 atau 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi negara, mereka adalah kumpulan yang paling terkesan…
Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…