rayuan

Tidak lulus STR Fasa 3: Maklumat punca-punca dan cara memohon rayuan

Kenaikan kos sara hidup adalah antara perkara yang menjadi isu utama di kalangan masyarakat. Prihatin dengan keadaan itu, pihak Kerajaan di bawah Belanjawan 2024 telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kepada mereka yang memerlukan khususnya yang berpendapatan sederhana (M40) dan rendah (B40).

Antaranya adalah apabila pihak Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai yang diperkenalkan itu: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Pada tahun 2024 ini, pelaksanaan STR telah diteruskan bagi meringankan beban kos sara hidup di kelangan rakyat B40 dan M40. Malah, dengan pelaksanaan penyasaran semula subsidi, kadar STR telah ditambahbaik dari tahun sebelumnya.

Para penerima STR merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut adalah maklumat kriteria kelayakan bagi setiap kategori:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

 

Namun begitu, untuk individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta. Mereka hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

STR Tidak Lulus

Dalam masa sama, terdapat juga pemohon STR yang tidak diluluskan atas sebab-sebab tertentu. Berdasarkan maklumat dari Portal Rasmi STR, antara punca permohonan ditolak adalah:

  1. Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan;
  2. Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan;
  3. Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan;
  4. Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi;
  5. Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan;
  6. Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang;
  7. Semakan agensi mendapati anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa;
  8. Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000;
  9. Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000 termasuk pendapatan sewa;
  10. Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian.

Rayuan STR 2024

Akan tetapi, bagi mereka yang tidak diluluskan permohonannya, semakan rayuan masih boleh dibuat di portal rasmi STR dengan mengemukakan dokumen-dokumen sokongan berdasarkan alasan tidak lulus.

Kemas kini Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat selagi permohonan rayuan masih belum diproses oleh pegawai HASiL. Jika Permohonan Rayuan STR telah diproses oleh pegawai HASiL, kemas kini Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara manual di kaunter Pejabat HASiL.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Sebagai contoh, jika Permohonan STR Tidak Lulus kerana tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang – anda boleh membuat Permohonan Rayuan STR sekiranya berumur 21 tahun dan ke atas atau 19 tahun dan ke atas bagi pemohon berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Semakan status Orang Kurang Upaya (OKU) akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) atau dokumen pembuktian yang boleh dikemukakan adalah seperti berikut:

  • Salinan Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon yang berumur 19 tahun dan ke atas;
  • Dokumen pembuktian tamat belajar bagi tahun 2023 / 2024 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas; atau
  • Dokumen pembuktian Belajar Separuh Masa bagi sesi 2023 / 2024 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas.

 

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin mencabar, ramai di kalangan rakyat Malaysia merasa terhimpit dengan beban kewangan yang…
Jawatan Kosong FELCRA untuk lepasan SPM - Ijazah: Tarikh tutup permohonan 8 Oktober 2024

Jawatan Kosong FELCRA untuk lepasan SPM - Ijazah: Tarikh tutup permohonan 8 Oktober 2024

Pada ketika ini, Kolej FELCRA sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka…
Bantuan BAP RM250 hingga RM500 kepada keluarga B40: Dikreditkan terus ke akaun

Bantuan BAP RM250 hingga RM500 kepada keluarga B40: Dikreditkan terus ke akaun

Dalam usaha untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif serta bantuan bagi membantu golongan yang…