Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.
Antaranya termasuklah dengan meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah atau STR kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) yang layak. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai tersebut: –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah sebuah bantuan tunai kepada rakyat Malaysia bagi membantu mereka mengurangkan kos sara hidup. Ia juga merupakan bantuan tunai yang diberikan secara berperingkat dengan kadar-kadar tertentu mengikut kategori penerima sama ada isi rumah, bujang atau warga emas.
Bagi tahun 2024 ini, syarat-syarat kelayakan STR yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
- Had umur adalah 21-59 tahun;
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
Namun begitu, golongan bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan
permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
STR Fasa 3
Bagi pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah pun selesai diberikan kepada yang layak pada bulan Januari dan April lalu. Sebagai maklumat, pembayaran STR Fasa 2 melibatkan kadar antara RM100 sehingga RM650 mengikut kategori penerima.
Berikut adalah maklumat khusus pembayaran STR Fasa 2 bagi setiap kategori:
- Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM150
- Bilangan anak 1 – 2: RM300
- Bilangan anak 3 – 4: RM500
- Bilangan anak 5 & ke atas:RM650
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM100
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak 3 – 4: RM250
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1300
- Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- STR Fasa 2: RM100
- Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
- STR Fasa 2: RM150
Manakala bagi pembayaran STR Fasa 3 pula, ia dijadualkan akan dibuat pada bulan Ogos nanti. Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran dan jumlahnya belum diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Cara Pembayaran STR
Seperti mana pembayaran bantuan-bantuan lain sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya – pembayaran STR juga akan dilaksanakan secara dua kaedah utama iaitu:
- Dikreditkan terus ke akaun penerima seperti mana maklumat di sistem STR ketika permohonan atau kemaskini maklumat: atau
- Tuntutan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank; akaun berstatus tidak aktif atau gagal kredit.
Bagi permohonan STR pula, ia dibuka sepanjang tahun 2024 ini dan boleh dibuat secara atas talian di Portal Rasmi Bantuan Tunai LHDN. Permohonan juga boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.
Maklumat lebih lengkap berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.