Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
- PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI – GRED E29
- Gaji: RM1,493 – RM5,672
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N29
- Gaji: RM1,493 – RM5,672
- JURUTEKNIK KOMPUTER – GRED FT19
- Gaji: RM1,377 – RM4,052
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) – GRED N19
- Gaji: RM1,352 – RM4,003
- PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT – GRED N19
- Gaji: RM1,352 – RM4,003
- PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) – GRED W19
- Gaji: RM1,353 – RM4,005
- PEMANDU KENDERAAN – GRED H11
- Gaji: RM1,218 – RM2,939
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Diploma mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
- Calon bagi lantikan jawatan 1 hingga 6 hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Calon bagi lantikan jawatan 7 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di sistem permohonan jawatan MARA – DI SINI.
Hanya permohonan lengkap yang dibuat secara atas talian yang sah sahaja yang akan diterima. Manakala, permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.
Dimaklumkan juga bahawa hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.
Tarikh tutup permohonan pada 13 FEBRUARI 2022, AHAD.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.