Masa untuk transformasi pekerjaan dari 3D kepada 5D

Baru-baru ini media tempatan melaporkan kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkenaan keyakinan kerajaan untuk mengatasi kadar pengangguran yang tinggi dalam negara.

Beliau berpendapat, sudah tiba masanya warga tempatan terlibat dalam sektor ‘pekerjaan 3D -Dirty-Dangerous-Difficult’ atau kotor, bahaya dan sukar daripada terus menganggur. Jika dikaji dengan terperinci penjelasan beliau, ini adalah satu pendapat yang perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak, terutamanya dalam merancang “norma baharu” dalam membentuk landskap sektor pekerjaan di Malaysia pascawabak COVID-19.

Acap kali bila topik pekerjaan 3D diketengahkan, pelbagai pihak akan memberi pelbagai alasan untuk tidak menjayakan idea ini. Majikan kononnya akan sentiasa mengutamakan pengurusan kos operasi yang rendah manakala rakyat tempatan mungkin memikirkan isu stigma negatif bila mengambil pekerjaan 3D. Tidak kiralah sama ada ia berdasarkan fakta atau persepsi, isu ini masih berlanjutan hingga sekarang.

Merencana hala tuju

Dalam keadaan yang tidak menentu ini, saya terpanggil untuk memberi pandangan alternatif berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil secara holistik untuk merancang hala tuju sektor tenaga pekerja di Malaysia yang dianggarkan berjumlah 16 juta orang.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporannya telah membuat unjuran kadar pengangguran Malaysia tahun ini akan meningkat pada kadar 4.9 peratus (daripada 3.4 peratus pada 2019) atau jumlah mencecah 750,000 orang yang tidak mempunyai pekerjaan!

Untuk mengelakkan daripada keadaan ini menjadi realiti, tiga perkara utama yang perlu diperhalusi adalah daripada faktor pembikinan dasar, perlaksanaan inisiatif dan perubahan minda.

Kepentingan ilmu digital

Dalam aspek pembikinan dasar, selain daripada memberi keutamaan kepada rakyat tempatan untuk mengisi peluang pekerjaan, semua pihak perlulah mengambil langkah secara kolektif untuk menaik taraf dan meningkatkan kemahiran (upskill and reskill) rakyat Malaysia khususnya dalam ilmu digital kerana dalam masa terdekat ini keadaan ekonomi negara dijangka masih belum rancak.

Kajian terkini daripada firma sumber manusia antarabangsa Ranstad Group mendapati 89 peratus daripada rakyat Malaysia perlu diberi kemahiran untuk bekerja secara efektif dalam ekosistem digital, menggunakan aplikasi teknologi baru seperti kemahiran dalam bidang data raya, kecerdasan buatan (AI), dan operasi pengendalian dron.

Senarai kemahiran baharu yang diperlukan dalam era Revolusi Perindustrian ke-4 (IR4.0) ini adalah kritikal untuk memajukan pelbagai sektor seperti perkilangan,pertanian & keusahawanan.

Secara tidak langsung, strategi ini akan memberi peluang keemasan dalam menghadapi krisis ini untuk membawa Malaysia dari negara ekonomi berteraskan produktiviti kepada ekonomi berteraskan pengetahuan (K-Economy).

Kementerian Sumber Manusia sewajarnya merangka sebuah ‘Dasar Pelestarian Modal Insan Negara’, mengambil kira faktor semasa dan beberapa senario pada masa hadapan.

Mengoptimum sektor pekerjaan pascapandemik

Faktor kedua merangkumi aspek implementasi dasar dan polisi berkaitan pengurusan modal insan dari sektor awam dan swasta. Sekiranya semua pihak bersatu hati untuk mengurangkan kes buang kerja dengan lebih dahsyat lagi, golongan pekerja boleh berkompromi mencari jalan tengah dengan opsyen seperti pengurangan gaji atau elaun sehingga keadaan menunjukkan trend yang akan pulih kembali.

Prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing seperti inilah sepatutnya menjadi budaya rakyat Malaysia. Mengikut satu laporan dari LinkedIn, sebuah rangkaian profesional terbesar dunia di internet, 94 peratus perkerja bersetuju untuk kekal berkhidmat dengan lebih lama bersama organisasi yang memberi latihan dan pembangunan secukupnya kepada mereka.

Dalam fasa ekonomi negara kembali aktif, koordinasi agensi-agensi kerajaan seperti dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), SME Corp, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, Lembaga Teknologis Malaysia dan Talent Corp memainkan peranan yang amat penting supaya rakyat secara amnya mendapat maklumat dan bantuan secara kesuluruhan tanpa sebarang kekeliruan.

Sebuah entiti di peringkat persekutuan patut mengambil tanggungjawab menentukan permintaan dan bekalan pekerjaan akan mencapai tahap optimum secepat mungkin. Merujuk kepada Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020), sasaran tenaga mahir perlu bertambah daripada 28 peratus kepada 35 peratus dan 60 peratus dari pekerjaan baru memerlukan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET).

Ubah minda, sahut cabaran transformasi pekerjaan 5D

Faktor ketiga iaitu ‘perubahan minda’ merupakan elemen yang paling mencabar dan perlu mendapat kepercayaan dan komitmen dari semua lapisan warga kerja. Semasa zaman kemelesetan ekonomi terbesar (The Great Depression) dalam sejarah dunia pada sekitar tahun 1920an and 1930an, krisis global ini memberi peluang untuk budaya inovasi lebih menyerlah.

Syarikat gergasi seperti DuPont & Hewlett Packard merupakan antara organisasi yang menumpukan fokus dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan akhirnya berjaya berkembang mengatasi segala cabaran yang ada ketika itu. Berhadapan dengan krisis COVID-19 ini, implementasi teknologi generasi kelima (5G) harus diteruskan agar Malaysia menjadi antara negara terawal di rantau ASEAN melaksanakan penggunaan itu. Dengan kelajuan dan ledakan data raya yang akan berlipat kali ganda ini, semestinya akan menawarkan peluang untuk semua lapisan masyarakat untuk beroleh manfaat.

Ketika kita masih berdebat untuk menyelesaikan masalah pekerjaan sektor 3D ini, sudah tiba masanya minda rakyat Malaysia berubah menyahut cabaran bekerja di sektor 5D (Dirty-Dangerous-Difficult-Digital Driven) atau kotor, bahaya , sukar dan dorongan digital. Usah berlengah lagi dan semoga Malaysia maju ke hadapan.

SUMBER: BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN

Pemberian Bil Air Percuma 2024: Syarat-syarat, senarai mereka yang layak & cara memohon

Pemberian Bil Air Percuma 2024: Syarat-syarat, senarai mereka yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Jawatan kosong Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 2024: Tawaran gaji RM2,100/sebulan

Jawatan kosong Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 2024: Tawaran gaji RM2,100/sebulan

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan…
e-Wallet RM300 kepada mereka berpendapatan bawah RM5,000: Dikreditkan setiap bulan

e-Wallet RM300 kepada mereka berpendapatan bawah RM5,000: Dikreditkan setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…