Mengejutkan! 53.6% graduan ijazah dapat gaji bawah RM2,000: Majikan tak perlukan tenaga mahir?

Berdasarkan Laporan Kebolehpasaran Graduan dari Kementerian Pengajian Tinggi, didapati 53.6 peratus graduan pemegang ijazah pertama di negara ini memperoleh gaji kurang dari RM2,000 sebulan pada 2020.

Hal itu bertambah membimbangkan apabila satu per tiga graduan ijazah pertama juga didapati memperoleh pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan.

Selain itu, kadar kebolehpasaran graduan turut jatuh iaitu dari 86.2 peratus pada 2019 kepada 84.4 peratus pada tahun lalu.

“Trend yang sama turut ditunjukkan dalam kalangan graduan baru diploma. Kajian tahunan ini mendapati 87.6% daripada mereka memperoleh pendapatan kurang dari RM2,000 sebulan, meningkat brerbanding 86.6% pada tahun 2019. Ini menunjukkan majikan membayar gaji yang lebih rendah kepada graduan baru pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.” – Petikan dari Ekonomi Rakyat.

Mengulas hal berkenaan, Pakar Ekonomi, Dr Nungsari Abdul Radhi berkata – masalah gaji di kalangan graduan bukanlah perkara baru yang terjadi sejak kemunculan Covid-19 pada 2020, tetapi ia sememangnya masalah yang telah berlarutan sejak sekian lama.

Walaupun sebelum tahun 2020 terdapat peningkatan gaji, tetapi katanya peningkatan itu tidak setara kerana ia berkonsepkan – semakin tinggi kelulusan, semakin rendah kadar peningkatannya. Hal itu pula telah lama berlaku sejak sekurangnya 10 tahun yang lalu.

Bercakap kepada Ekonomi Rakyat lagi, Dr Nungsari menambah ia terjadi disebabkan kebanyakan majikan di negara ini tidak memerlukan tenaga mahir untuk beroperasi.

“Mereka yang ada latihan atau pendidikan lanjutan selepas sekolah menengah sekitar 320,000 (orang) pada tahun lepas (2020). Tetapi pekerjaan baru yang dicipta oleh ekonomi hanya dalam 73,000 sahaja.” – Katanya, petikan dari Ekonomi Rakyat.

 

*Sumber dan laporan lanjut berkenaan isu ini, boleh layari: Ekonomi Rakyat.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…