MPKJ buka banyak kekosongan jawatan terkini: Gaji dari RM1,353 hingga RM9,618

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – F41
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM2,315 – RM9,618
  2. PEGAWAI TADBIR – N41
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM2,080 – RM9,546
  3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN – U29
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,797 – RM5,753
  4. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN – G29
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,494 – RM5,674
  5. PEMBANTU PENILAIAN – W19
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,353 – RM4,005
  6. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) – W19
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,353 – RM4,005
  7. PEMBANTU PENGUAT KUASA – KP19
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,360 – RM4,052

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Keutamaan Kepada Anak Negeri Selangor;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan MPKJ (muat turun – DI SINI).

Borang permohonan yang lengkap diisi kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen (disahkan) berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Sijil Kelahiran;
  • Sijil-sijil Persekolahan;
  • Sekeping gambar berukuran pasport.

 

Semua dokumen itu hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran atau kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon pula perlulah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat dan dihantar ke alamat:

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Sumber Manusia.)

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga. Manakala permohonan yang tidak menerima sebarang makluman balas selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 28 MAC 2022, ISNIN.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…